Berita Harian

Pertanding­an pantun digital NSTP terima 509 penyertaan

Pemarkahan fokus isi, bahasa, keaslian kreativiti karya peserta

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Peraduan Balas dan Kias Pantun bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2018 anjuran Kementeria­n Pendidikan (KPM) dengan kerjasama The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan Media Prima Digital (MPD) Sdn Bhd, berjaya mengumpul 509 penyertaan biarpun kali pertama diadakan.

Peraduan pantun secara digital yang dijalankan selama sebulan itu menobatkan Uzdah Nuwairah Ahmad Syahrir, sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori A berusia 10 hingga 12 tahun, Muhammad Wirawan Nabil Budiman Rijal (Kategori B, 13-15 tahun) dan Nur Athirah Hanim Zahri (Kategori C, 16-17 tahun).

Pemenang utama itu menerima wang tunai RM1,000, manakala tempat kedua dan ketiga masingmasi­ng menerima RM800 serta RM500 termasuk sijil penghargaa­n.

Di samping kreativiti karya dihasilkan, pemarkahan juga memfokuska­n kepada empat kriteria utama iaitu isi, bahasa, keaslian dan kreativiti.

Peserta dikehendak­i menjawab pantun yang dijual dengan menghasilk­an dua rangkap pantun empat baris yang terdapat pada laman sesawang fullamark.com.my/pantun2018.

Diadili juri profesiona­l

Semua penyertaan diadili juri profesiona­l terdiri daripada Musazliza Mustan Shir dan Faezah Muhayat, kedua-duanya ialah Perancang Bahasa Bahagian Penyelidik­an Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta penggiat sastera tradisiona­l pantun Melayu, Azimin Daud.

Sementara itu, Azimin berkata, secara keseluruha­n, tahap pencapaian peserta terbabit boleh dikategori kepada rendah, sederhana dan sangat baik.

“Penjurian adalah berdasarka­n tahap dan peringkat umur peserta, malah kanak-kanak juga mampu menghasilk­an pantun yang baik kerana mereka ini suka berimagina­si termasuk melontarka­n idea dalam pantun dihasilkan.

Fokus sudut teknikal

“Bagi aspek kreativiti, elemen ditekankan ialah dari sudut teknikal antaranya teknik penulisan, format pantun, suku kata dan tanda bacaan yang digunakan,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Faezah pula berkata, beberapa kelemahan dikenal pasti menyebabka­n peserta gagal mendapat markah yang baik seperti tidak menepati rima ditetapkan, penggunaan bahasa dan kurang menguasai kepelbagai­an kosa kata.

Sementara itu, Nur Athirah Hanim, 17, berkata kemenangan diperoleh itu menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus berkarya, sekali gus memartabat­kan bahasa Melayu pada tahap terbaik.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nur Iftifaq, Besut, Terengganu itu berkata, program berkenaan dapat menggalakk­an minat generasi muda terutama untuk mengetenga­hkan perkongsia­n idea baharu menerusi pantun.

“Jika dilihat pada ayat yang digunakan iaitu ‘santun menulis di media sosial, bahasa dimartabat ke mercu tinggi’ bermaksud kita mesti mengelak menggunaka­n ayat atau kata-kata kesat termasuk di media sosial dan bertanggun­gjawab memelihara keindahan bahasa Melayu,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] ?? (Dari kiri) Pengarang Berita Pendidikan BH, Ridzuan Yop bersama Azimin; Ketua Unit Portal/aplikasi, Pendidikan Vertikal NSTP, Nufazlina Mohd Radzi, Faezah; Pengurus Besar Pendidikan Vertikal NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi dan Musazliza meneliti keputusan Peraduan Balas dan Kias Pantun bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2018 di Balai Berita, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] (Dari kiri) Pengarang Berita Pendidikan BH, Ridzuan Yop bersama Azimin; Ketua Unit Portal/aplikasi, Pendidikan Vertikal NSTP, Nufazlina Mohd Radzi, Faezah; Pengurus Besar Pendidikan Vertikal NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi dan Musazliza meneliti keputusan Peraduan Balas dan Kias Pantun bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2018 di Balai Berita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia