Berita Harian

Daya tahan bantu perkukuh ringgit

Prestasi mata wang tempatan bercampur berbanding negara serantau

- Oleh Ooi Tee Ching

Ekonomi Malaysia yang berdaya tahan hampir pasti membantu ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah prospek global yang mencabar, kata Bank Dunia.

“Sukar untuk meramalkan ringgit, tetapi yang pasti daya tahan ekonomi Malaysia akan membantu,” kata pakar ekonomi Bank Dunia untuk makroekono­mi, perdaganga­n dan pelaburan, Richard Record.

Ringgit bertukar daripada paras paling lemah setahun iaitu RM4.20 pada akhir November 2018 untuk didagangka­n antara RM4.09 dan RM4.10 hari ini.

Ketika ini, prestasi ringgit berbanding mata wang serantau bercampur, meningkat masing-masing 0.13 peratus dan 0.09 peratus berbanding peso Filipina dan dolar Singapura, tetapi didagangka­n 1.6 peratus dan 0.42 peratus lebih lemah berbanding rupiah Indonesia dan baht Thailand.

Jawatankua­sa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual bermesyuar­at minggu depan untuk menentukan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Imbang pertumbuha­n, inf lasi

Record berkata, Bank Negara kemungkina­n besar akan mengimbang­i pertumbuha­n dan inflasi. Saya fikir bank pusat akan berhati-hati apabila ia membabitka­n dasar monetari yang menyokong pertumbuha­n ekonomi.

“Baru-baru ini, Bank Dunia telah menyemak turun ramalan untuk pertumbuha­n ekonomi Malaysia 2019 kepada 4.7 peratus daripada 4.9 peratus, selepas mengambil kira pemotongan besar dalam perbelanja­an kerajaan dan kelembapan pelaburan swasta dan awam.

“Unjuran kami adalah ia akan terus meningkat pada 4.7 peratus untuk 2019," kata Record sambil menambah, ekonomi Malaysia yang perlahan kekal kukuh apabila dibandingk­an dengan ekonomi serantau, memandangk­an risiko luar ketegangan perdaganga­n As-china dan harga komoditi yang tidak menentu.

“Saya boleh mengatakan bahawa fundamenta­l Malaysia adalah utuh kerana ekonomi dipelbagai­kan,” katanya kepada pemberita di luar Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Globalisas­i: Kepuasan dan Ketidakpua­san Hati yang dianjurkan oleh Bank Dunia di Kuala Lumpur, semalam.

Data BNM menunjukka­n kadar pertumbuha­n ekonomi Malaysia semakin perlahan untuk empat suku berturut-turut.

Dalam tempoh suku Julai hingga September 2018, bank pusat mencatatka­n Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) Malaysia berkembang 4.4 peratus.

Saya boleh mengatakan bahawa fundamenta­l Malaysia adalah utuh kerana ekonomi dipelbagai­kan” Richard Record, Pakar ekonomi Bank Dunia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia