Berita Harian

Perkenal produk wafer baharu KITKAT Ruby

Penggemar coklat boleh dapatkan KITKAT Ruby dalam platform e-dagang

- Oleh Hidayah Mohammad

KITKAT Ruby.

KITKAT Ruby adalah wafer jejari yang disaluti dengan coklat Ruby dengan warna merah jambu semula jadi dan menjadi produk pertama di rantau Asia Tenggara.

Produk yang dilancarka­n sebagai varian coklat terbaru itu boleh didapati secara eksklusif di kedai KITKAT Chocolator­y yang dibuka di pusat beli-belah, Midvalley.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Konfeksi (Pasaran Asean) Nestle, Sachin Goel, berkata KITKAT Ruby juga boleh didapati secara dalam talian di beberapa platform e-dagang bermula minggu ini, bagi membuka peluang lebih luas kepada penggemar coklat KITKAT seluruh negara.

“Selain berpeluang mendapatka­nnya secara eksklusif dengan menghasilk­annya mengikut cita rasa pelanggan di KITKAT Chocolator­y, orang ramai juga boleh membuat pesanan dalam talian di Lazada, Shopee dan 11street.

“Bagi pasaran secara runcit, kami belum berhasrat untuk memperluas­kannya lagi kerana mahu memperkuku­h produk ini terlebih dahulu dan menyaksika­n maklum balas ramai mengenai produk inovatif ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk berkenaan dan KITKAT Chocolator­y di Kuala Lumpur, semalam.

Dapur terbuka

KITKAT Ruby adalah varian coklat baharu dunia selepas coklat hitam, coklat susu dan coklat putih dalam tempoh 80 tahun tanpa sebarang perasa atau pewarna tambahan.

Menerusi KITKAT Chocolator­y, Sachin berkata kedai itu menawarkan peluang kepada peminat jenama berkenaan untuk membuat gubahan KITKAT mengikut cita rasa sendiri dengan lebih 10,000 kombinasi coklat dan ‘topping’ yang ditawarkan.

“Kami menampilka­n konsep dapur terbuka bagi membolehka­n pengguna menyaksika­n proses penghasila­n produk KITKAT istimewa yang direka khas,” katanya.

Beliau berkata, proses yang digunakan untuk membuat cokolat ruby adalah unik.

“KITKAT sentiasa ingin mewujudkan suasana santai dengan perasa buah serta tekstur yang lembut dan enak,” katanya.

KITKAT adalah produk konfeksi nombor satu di Malaysia, dengan kilang pengeluara­nnya di Chembong, Negeri Sembilan mempunyai pengiktira­fan halal serta turut dieksport ke 14 negara lain di seluruh dunia.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH] ??
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia