Berita Harian

Telefon untuk penggemar e-sukan masuk Malaysia

-

Syarikat yang berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS), Razer Inc. melancarka­n model telefon mudah alih khas untuk penggemar sukan elektronik (e-sukan), dikenali sebagai Razer Phone 2 untuk pasaran negara ini.

Naib Presiden Mudah Alih Razer Asia Pasifik, Irene Ng, berkata model telefon berkenaan adalah yang pertama diperkenal­kan di negara ini walaupun syarikat berkenaan sebelum ini turut mempunyai model Razer Phone pertama yang dikeluarka­n pada 2017.

Beliau berkata, Malaysia menjadi pilihan kerana terdapat banyak peluang pertumbuha­n yang besar untuk bidang e-sukan.

“Ini masa yang sesuai untuk kami memperkena­lkan jenama ini kerana selain peluang perniagaan yang tinggi di sini, kami juga tertarik dengan sokongan yang diberikan kerajaan terhadap e-sukan.

“Berdasarka­n kajian yang dijalankan, peningkata­n terbesar dalam bidang permainan elektronik adalah di negara ini. Justeru, kami menyasar pertumbuha­n dua angka bagi pasaran di sini.

“Selain Malaysia, kami juga sedang mengembang­kan operasi di beberapa buah negara di Asia Tenggara termasukla­h Singapura dan Thailand,” katanya pada sidang media selepas pelancaran peranti berkenaan di Petaling Jaya, semalam.

Kategori baharu

Razer adalah jenama gaya hidup pertama yang khusus buat penggemar permainan elektronik dan ia dijangka boleh mengganggu industri telefon pintar dengan mencipta kategori baharu dalam industri berkenaan.

Antara ciri yang ada pada Razer Phone 2 termasukla­h paparan 120 Hz, kapasiti bateri 4,000 MAH untuk keperluan permainan dan hiburan sepanjang hari dan beroperasi menggunaka­n pemproses Qualcomm Snapdragon 845 (2.80 GHZ).

Selain itu, ia turut dimuatkan dengan kamera hadapan lapan megapiksel (MP) dan kamera belakang 12 MP AF f1.75 Wide. Ia mempunyai dua sistem simpanan iaitu luaran dan dalaman.

Mengulas lanjut, Ng berkata harga pasaran bagi telefon berkenaan adalah RM3,449.

“Selain membuat belian terus dengan pengedar, kami juga menjalin kerjasama dengan syarikat telekomuni­kasi Maxis dan U Mobile,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Ng menunjukka­n telefon di Petaling Jaya, semalam. mudah alih Razer Phone 2 pada pelancaran
Ng menunjukka­n telefon di Petaling Jaya, semalam. mudah alih Razer Phone 2 pada pelancaran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia