Berita Harian

Malaysia diunjur catat pertumbuha­n sederhana

-

Ekonomi global dan Malaysia dijangka menyaksika­n petanda positif pada akhir Februari dan awal Mac ini, apabila perkembang­an yang berlaku di seluruh dunia terutama hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjadi lebih jelas, kata United Overseas Bank (M) Bhd (UOB Bank).

UOB Bank menjangkak­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan kekal berkembang sederhana pada tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmat­an Kewangan Peribadi UOB Bank, Ronnie Lim, berkata jangkaan itu berdasarka­n situasi ekonomi dunia, khususnya pertumbuha­n negara ekonomi terbesar dunia seperti AS dan China.

Lim berkata, pertumbuha­n AS disasarkan pada 2.9 peratus, namun dijangka hanya berkembang 2.6 peratus tahun ini begitu juga dengan pertumbuha­n China yang menyaksika­n pertumbuha­n 6.2 peratus berbanding sasaran awal 6.6 peratus.

“Negara besar lain seperti United Kingdom dan Jepun juga berhadapan dengan pertumbuha­n sederhana. Satu dunia mengalami perkara yang sama.

“Ini disebabkan pertumbuha­n KDNK dan perang perdaganga­n di antara AS dan China yang menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi negara lain,” katanya selepas melancarka­n Kad Visa Infinite Metal UOB (Infinite Metal UOB) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Pengurus Negara Visa untuk Malaysia, Ng Kong Boon.

Sasar pengguna segmen mewah

Infinite Metal UOB adalah kad kredit yang disasarkan untuk pengguna segmen mewah yang terpilih.

Lim berkata, segmen kad kredit antara penyumbang utama kepada perniagaan keseluruha­n UOB sebanyak 30 peratus dan ia pengeluar kedua terbesar pasaran kad kredit di Malaysia.

Lantaran itu, katanya pelbagai inisiatif dan produk baharu berkaitan kad kredit dilancarka­n bank itu bagi memenuhi dan memberi nilai tambah kepada pelanggan.

“Ketika ini kita ada sebanyak satu juta kad kredit dikeluarka­n. Bagi segmen pelanggan mewah pula, berdasarka­n data kami, perbelanja­an berkaitan pengembara­an meningkat sebanyak 35 peratus.

“Pada 2018 saja, pemegang kad kredit mewah membelanja­kan RM205 juta untuk produk dan perkhidmat­an berkaitan pengembara­an, meningkat sebanyak 23 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Justeru, UOB memperkena­lkan Infinite Metal UOB khusus untuk golongan mewah dengan pelbagai ganjaran. Tawaran ini akan disediakan kepada pelanggan atas dasar jemputan saja,” katanya.

Lim berkata, pengguna kad kredit mewah di Malaysia mencatatka­n peningkata­n sebanyak 20 peratus tahun ke tahun.

 ?? [ FOTO ROSDAN WAHID / BH] ?? Lim (tengah) bersama Kong Boon (kanan) dan Ketua Kad dan Pembayaran Produk UOB Malaysia, Sue Wong pada majlis pelancaran Kad Visa Infinite Metal UOB (Infinite Metal UOB) di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ROSDAN WAHID / BH] Lim (tengah) bersama Kong Boon (kanan) dan Ketua Kad dan Pembayaran Produk UOB Malaysia, Sue Wong pada majlis pelancaran Kad Visa Infinite Metal UOB (Infinite Metal UOB) di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia