Berita Harian

Perodua Aruz dilancar

Model SUV tawar lima pilihan warna, kecekapan bahan api terbaik

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) secara rasmi melancarka­n kenderaan utiliti sukan (SUV) terbarunya, iaitu Perodua Aruz untuk pasaran tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Zainal Abidin berkata SUV tujuh tempat duduk itu ditawarkan menerusi dua pilihan varian, iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance, masing-masing pada harga RM72,900 dan RM77,900 dengan lima pilihan warna merangkumi Ivory White, Glittering Sliver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu Amazon Green.

Katanya, Perodua Aruz adalah kenderaan cekap tenaga (EEV) keempat dihasilkan syarikat automotif terbabit, dengan 95 peratus daripada komponenny­a adalah daripada sumber tempatan.

“Perodua Aruz menerajui arah baharu untuk kami. Kemasukan ke segmen SUV ini membawa PERODUA ke pasaran baharu yang mana kami akan memperting­katkan inisiatif kepuasan pelanggan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

“Dengan Perodua Aruz, orang ramai kini boleh menikmati sebuah SUV termasuk ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat dalam kenderaan mewah.

“Ini menjadikan­nya antara SUV dengan nilai terbaik pada masa kini,” katanya pada majlis Pelancaran Perodua Aruz, di Kuala Lumpur, semalam.

SUV itu dilancarka­n oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan disaksikan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa.

Naik taraf penambahan

Menurut Zainal, ciri-ciri keselamata­n yang terdapat pada semua varian Aruz termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), ISOFIX dan enam beg udara, manakala varian Advance dilengkapi sistem Bantuan Keselamata­n Canggih (ASA) 2.0 yang dinaik taraf dengan penambahan pengesanan pejalan kaki serta peningkata­n kelajuan operasi.

“Malah, model baharu ini juga menerima penarafan keselamata­n lima bintang daripada ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS).

“Selain itu, SUV ini juga memberi kecekapan bahan api terbaik dalam segmen dengan 15.6 kilometer selitar (km/l),” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, model SUV terbaharu itu sehingga kini sudah menerima 2,200 tempahan sejak dibuka bermula 3 Januari lalu.

“Setiap pembelian akan ditawarkan waranti selama lima tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu).

“Sebagai bonus, bermula 9 Januari, semua pelanggan yang membeli insurans motor Perodua Total Protect Plus bukan sahaja akan menikmati Perodua Auto Assist percuma tetapi juga penamaan pemandu percuma tanpa had, elaun banjir sehingga RM1,000 serta perlindung­an kemalangan peribadi sehingga RM10,000,” katanya.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ?? Leiking (tengah) bersama Zainal Abidin (tiga dari kiri) pada majlis Pelancaran Perodua Aruz di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] Leiking (tengah) bersama Zainal Abidin (tiga dari kiri) pada majlis Pelancaran Perodua Aruz di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia