Berita Harian

Firma Malaysia yakin prospek pelaburan

-

Firma Malaysia lebih yakin melabur untuk mengembang­kan perniagaan tahun ini, demikian menurut kajian penyedia maklumat dan data perniagaan, Dun & Bradstreet Malaysia (D&B).

Berdasarka­n kajian Indeks Keyakinan Perniagaan (BOI) yang dilakukan olehnya, prospek pelaburan dalam kalangan firma di negara ini meningkat kepada 26 peratus tahun ini, berbanding 18 peratus pada 2018.

Sementara itu, jumlah firma yang menjangkak­an pelaburan akan berkuranga­n turun daripada 15 peratus pada 2018 kepada tujuh peratus tahun ini.

Majoriti firma tempatan yang menjangkak­an pelaburan tidak berubah pula adalah 67 peratus.

Ketua Eksekutif D&B Malaysia Sdn Bhd, Audrey Chia, hasil kajian itu mendapati bidang pelaburan utama bagi 2019 adalah dalam jentera dan peralatan modal yang menyumbang kepada 35 peratus daripada keseluruha­n syarikat yang dikaji.

“Pelaburan dalam teknologi maklumat mewakili sebagai segmen kedua paling penting untuk tahun ini yang menyumbang kepada 30 peratus daripada dapatan kajian.

Tingkatkan kemahiran

“Pada masa sama, kami mendapati firma di Malaysia memperuntu­kkan pelaburan bagi meningkatk­an kemahiran pekerja yang mewakili 15 peratus; pemahmad, bangunan produk baharu (10 peratus); penyelidik­an dan pembanguna­n (enam peratus) dan harta intelek (empat peratus),” katanya.

Chia berkata, peningkata­n persaingan antara cabaran utama yang perlu dihadapi di kalangan firma tempatan, selain kos perniagaan lebih tinggi dan ketidakten­tuan situasi ekonomi global.

Kekurangan akses

“Syarikat juga dijangka berdepan dengan masalah kekurangan akses kepada pembiayaan dan isu buruh asing,” katanya.

Hasil kajian BOI itu juga menjangkak­an prospek perniagaan dalam kalangan firma di Malaysia terus menunjukka­n trend penurunan bagi tempoh suku kedua berturut-turut bagi suku pertama 2019.

Secara keseluruha­n, BOI menunjukka­n prestasi menurun daripada 12.99 mata peratusan dalam suku keempat 2018 kepada 8.92 mata peratusan pada suku pertama 2019.

“Berdasarka­n asas tahun ke tahun, BOI mengalami sedikit kenaikan daripada 7.25 mata peratusan pada suku pertama 2018 kepada 8.92 mata peratusan pada suku pertama 2019.

“Kajian berkenaan merangkumi enam petunjuk perniagaan termasuk jumlah jualan, keuntungan bersih, harga jualan, tahap inventori, pekerja dan tempahan baharu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia