Berita Harian

Vendor tempatan PROTON, China labur RM47J

Kerjasama dengan rakan kongsi luar negara lahir pembekal penuhi standard antarabang­sa

- Oleh Nora Mahpar

Vendor tempatan PROTON Holdings Bhd menjalin kerjasama dengan vendor dari China, yang akan menyaksika­n pelaburan awal berjumlah RM47 juta ke negara ini.

Ia antara lain membabitka­n perjanjian teknikal, usaha sama (JV) dan pelaburan langsung asing (FDI) vendor luar negara ke dalam ekonomi Malaysia.

Selain pelaburan dalam kemudahan dan teknologi, kerjasama juga dijangka mewujudkan kira-kira 450 pekerjaan baharu dalam industri automotif, daripada pemasangan hinggalah kejurutera­an reka bentuk yang memerlukan pekerja berkemahir­an tinggi.

Vendor terbabit akan membekalka­n peralatan ke kemudahan pengeluara­n PROTON di Tanjung Malim, yang ketika ini sedang melalui inisiatif pembesaran dengan kos RM1.2 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata program pembanguna­n pembekal PROTON sedang giat dijalankan dan syarikat berusaha melakukan aktiviti pemadanan dengan mencari rakan kongsi terbaik yang akan memberi manfaat kepada semua pembekal tempatan PROTON.

Capai standard antarabang­sa

“Kami yakin dengan membina kerjasama bersama rakan kongsi di luar negara, pembekal tempatan akan berpeluang mencapai standard antarabang­sa dari segi kemajuan teknologi dan kualiti dalam jangka masa singkat.

“Kerjasama ini mampu membantu vendor tempatan mewujudkan asas pembekal yang mampu memenuhi standard teknologi dan kualiti yang diperlukan bagi generasi kereta PROTON yang akan dibangunka­n bersama Geely,” katanya pada majlis pertukaran perjanjian kerjasama kumpulan kedua pembekal PROTON bersama rakan kongsi dari China.

Ia disaksikan Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming. Hadir sama ialah Timbalan CEO PROTON, Datuk Radzaif Mohamed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia