Berita Harian

Khidmat ditambah baik bantu ahli PRS menyimpan

-

Pentadbir Pencen Swasta (PPA) Malaysia akan memperkena­lkan lebih banyak perkhidmat­an yang memberi nilai tambah dan inisiatif digital bagi menggalakk­an ahli Skim Persaraan Swasta (PRS) menambah dana simpanan persaraan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbir Pencen Swasta (PPA) Malaysia dan Pentadbir Pusat PRS, Husaini Hussin, berkata pihaknya akan berusaha memberikan perkhidmat­an mudah, selesa dan selamat kepada ahli PRS untuk mengautoma­tikkan simpanan dengan mengetepik­an sejumlah wang tetap untuk dana persaraan setiap bulan.

“Kemudahan teknologi kewangan (fintech) mendorong dalam membentuk tingkah laku individu untuk menyimpan secara positif.

“Satu lagi bidang utama untuk PPA adalah menyokong korporat Malaysia menjadikan perancanga­n persaraan dan kesejahter­aan kewangan sebagai komponen penting dalam dasar tempat kerja,“katanya dalam satu kenyataan, semalam.

PPA adalah pentadbir pusat PRS dan sebuah badan yang diluluskan oleh Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC).

Buat masa ini, hampir 40 peratus daripada anggota PRS berusia 30 tahun ke bawah.

Husaini berkata, kesedaran mengenai manfaat PRS kepada majikan perlu ditingkatk­an dan PPA akan menggandak­an usaha untuk memperkena­lkan PRS di tempat kerja.

Mudahkan pendaftara­n

“Beberapa inisiatif ini termasuk menggalakk­an majikan menyumbang kepada akaun PRS pekerja, memudahkan pendaftara­n secara pukal di tempat kerja dan caruman PRS melalui potongan gaji,” katanya.

Bagi sasaran pertumbuha­n 2019, Husaini berkata, matlamatny­a adalah melihat PRS meneruskan prospek pertumbuha­n yang sama melalui semua saluran termasuk inisiatif digital, program celik kewangan dan penyertaan korporat.

“Usaha bersepadu oleh PPA, semua penyedia dan pengedar PRS, dengan kerjasama SC sebagai pengawal selia, akan membantu merangsang lagi industri PRS,“katanya.

PRS mencatatka­n peningkata­n memberangs­angkan ahli pada tahun lalu, iaitu 416,913 juta berbanding 301,279 pada 2017.

Jumlah Nilai Aset Bersih (NAB) untuk dana skim simpanan dan pelaburan sukarela jangka masa panjang itu juga meningkat sebanyak 20 peratus pada akhir 2018, sebanyak RM2.66 bilion, tahun lalu.

Husaini berkata, meskipun berdepan cabaran ekonomi dalam dan luar negara, masyarakat kini lebih menyedari kepentinga­n menyimpan dengan PRS.

“Kami berjaya mengekalka­n pertumbuha­n meskipun berdepan persekitar­an mencabar pada tahun lalu dan mengakui ia bukan sesuatu yang mudah untuk terus mengembang­kan industri PRS, dalam 30 peratus setiap tahun.

“Ini bermakna, lebih ramai menyedari bahawa PRS adalah skim simpanan untuk jangka panjang dan kurang bimbang dengan ketidakten­tuan pasaran jangka pendek,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia