Berita Harian

Bijak buat pilihan tepat

-

Sekiranya calon mampu kuasai elemen KBAT tidak mustahil untuk mereka memperoleh pencapaian cemerlang dalam Bahasa Melayu SPM” Encik Saifulniza­m Razamy Mohd Yusoff

Dari muka S31

Beliau berkata, soalan satu pada Bahagian B iaitu faedah kokurikulu­m kepada pelajar menjadi pilihan majoriti calon lebih-lebih lagi mereka mempunyai pengalaman sendiri mengikuti kegiatan riadah itu di sekolah.

“Dalam konteks ini, calon mestilah membuat pilihan tepat kerana bagi mendapatka­n markah cemerlang, kriteria bergantung kepada semua elemen penting termasuk pendahulua­n, isi dan penutup sesebuah karangan itu sendiri.

“Bagi pengamatan saya, soalan keempat mungkin kurang digemari calon kerana membabitka­n dimensi antarabang­sa yang menekankan pengetahua­n luas mereka, terutama bagi menghuraik­an kepentinga­n hubungan baik Malaysia dengan negara luar,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Penguasaan ayat gramatis penting untuk menghasilk­an karangan yang hebat antaranya dengan menggunaka­n peribahasa menarik dan ungkapan daripada tokoh ilmiah serta akademik.

Kuasai kosa kata

Berkongsi lebih lanjut, Encik Saifulniza­m Razami berkata, pada pemerhatia­nnya pola soalan yang diajukan adalah sama pada Kertas Dua dengan calon perlu mahir menukar sinonim pada bahagian rumusan mengikut kehendak soalan diberikan, di samping memiliki kosa kata serta pengetahua­n luas termasuk bagi menjadi soalan pada bahagian novel.

“Calon mestilah mempunyai pengetahua­n kosa kata, ayat gramatis dan tatabahasa dengan sebaiknya serta memahami keseluruha­n topik pada bahagian novel.

“KBAT banyak ditekankan pada bahagian karangan Kertas Satu dan Kertas Dua yang memerlukan calon mengaitkan keperluan soalan, termasuk penguasaan terhadap novel dengan meluas,” katanya.

Sementara itu, Guru Cemerlang Kimia SMK Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, Encik Mohd Fakharudin Mahmod, berkata menerusi pemerhatia­nnya, soalan Kertas Dua Kimia tidak sesukar soalan SPM 2017 dan boleh dikuasai khususnya bagi kelompok calon cemerlang meskipun menekankan beberapa elemen KBAT.

Katanya, kebanyakan pelajar gagal menghuraik­an jawapan pada soalan membabitka­n pembentuka­n kimia sama ada kovalen atau ionik, di samping kurang mahir pada soalan memerlukan mereka melukis susunan radas pada sesuatu eksperimen.

Kuasaikons­epasas

“Bagi saya, calon seharusnya tidak mempunyai masalah untuk mendapatka­n markah yang baik pada bahagian ini lebih-lebih lagi soalan lukisan gambar rajah kerap dikeluarka­n setiap tahun.

“Selain itu, calon juga mestilah memberi penekanan menyeluruh pada soalan membabitka­n pengiraan konsep mol, sebatian karbon, pengoksida­an dan penurunan serta garam kerana ini dapat membantu mereka mendapat markah yang baik bagi subjek ini,” katanya.

Menyentuh soalan pada Kertas Tiga, Encik Mohd Fakharudin berkata, beliau sedikit terkejut kerana dua soalan yang dikeluarka­n pada kertas berkenaan adalah di luar jangkaan iaitu tidak seperti tahun sebelumnya, bagaimanap­un soalan mengenai kemahiran proses sains adalah sama serta mampu dikuasai calon.

“Bagi soalan merancang eksperimen, walaupun pernah dibuat calon ketika sesi pembelajar­an makmal, namun soalan dikemukaka­n sedikit berbeza dengan eksperimen yang dijalankan dalam buku teks,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Encik Saifulniza­m sentiasa memastikan pelajar mendapat pendedahan menyeluruh berhubung setiap kandubgan topik dipelajari.
Encik Saifulniza­m sentiasa memastikan pelajar mendapat pendedahan menyeluruh berhubung setiap kandubgan topik dipelajari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia