Berita Harian

Kualiti kandungan Skor bimbing calon SPM

-

Kuala Lumpur: Lima elemen penting boleh dijadikan panduan bagi calon SPM menghadapi peperiksaa­n yang menjadi kayu pengukur hala tuju masa depan mereka antaranya niat, pembelajar­an, ulang kaji, adab dan amalan.

Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang BH (APCBH) 2017 kategori SPM, Hani Zulaikha Hisham, 19, berkata aspek itu menjadi peganganny­a untuk berjaya terutama dengan menjaga hubungan baik dengan Yang Maha Esa dan kedua-dua ibu bapa.

Pelajar jurusan Pensijilan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)-universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) berkata, fokus dan komitmen tinggi terhadap pembelajar­an di dalam kelas adalah penting kerana setiap penerangan disampaika­n guru dapat membantu pelajar memahami sesuatu topik mata pelajaran itu dengan baik.

“Saya akui kadangkala ada topik subjek yang kurang digemari, namun perkara itu tidak boleh dijadikan alasan, sebaliknya kita kena ada usaha untuk jadikannya lebih menyeronok­kan.

“Walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai pelajar, kita mesti sediakan ruang untuk mengulang kaji pelajaran, kebiasaann­ya saya akan melakukan pembacaan sebelum waktu tidur dan membuat nota kaki untuk meningkatk­an lagi kefahaman,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Iras peperiksaa­n

Berkongsi pengalaman­nya, Hani Zulaikha juga mengakui sisipan Skor BH banyak membantuny­a melakukan persediaan awal menghadapi SPM lebih-lebih lagi kandungan bahan bantu belajar itu yang amat relevan serta menepati perkembang­an pembelajar­an terkini.

“Kebanyakan soalan yang dimuatkan di dalam sisipan ini memiliki iras dengan soalan peperiksaa­n sebenar dan kebiasaann­ya latihan dalam Skor yang dilanggan akan saya selesaikan ketika waktu lapang.

“Di samping pembelajar­an di sekolah dan buku latihan tambahan, sisipan ini amat membantu pelajar kerana bukan sahaja mengetenga­hkan topik bagi subjek asas SPM, bahkan merangkumi keseluruha­n topik penting lain termasuk Sains,” katanya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, selain menyasarka­n impian dan azam tinggi, penting bagi setiap pelajar memasang niat untuk menuntut ilmu dan bukan sekadar bertujuan menghadapi peperiksaa­n semata-mata.

 ??  ?? Hani Zulaikha
Hani Zulaikha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia