Berita Harian

Mahu jadi teladan

Nurshahfiq­ah berhasrat latih ramai pemimpin pelapis dalam sukan bola jaring

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

l Kuala Lumpur

Ttawaran untuk melanjutka­n pelajaran di sebuah sekolah sukan, bagaimanap­un hasrat itu terpaksa dilupakan kerana tidak mendapat keizinan keluarga. Saya bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada guru bola jaring sekolah ketika itu iaitu Puan Afidatul Afira Afwan yang tidak pernah jemu memberi kata-kata semangat untuk saya terus berjaya. Minat tinggi itu diteruskan ke peringkat sekolah menengah yang mana saya mendapat bimbingan daripada guru, Puan Nurul Huda Che' Anawa, Puan Nur Hamimah Jumali dan Cik Nasyimah A Rahaman. Mereka adalah insan penting yang banyak membantu saya menguasai kemahiran sukan ini dengan baik.

Apakah kelebihan aktif dalam sukan ini?

Sukan bola jaring dapat membentuk diri seseorang pelajar menjadi individu yang berdisipli­n terutama dalam aspek pengurusan masa. Setiap hari, saya bergegas ke padang bagi menjalani latihan memandangk­an perlu mengikuti kelas tambahan pada sebelah petang. Hal ini memerlukan saya mengatur semula jadual belajar dan secara tidak langsung mendidik saya menjadi lebih bijak dalam hal pengurusan masa. Sebagai ketua pasukan bola jaring, saya perlu menunjukka­n contoh terbaik, terutama dari segi sikap dan prestasi permainan kepada ahli pasukan yang lain memandangk­an mereka semua mahukan seorang kapten yang boleh membimbing mereka dalam mengatur strategi terbaik dalam permainan.

Apakah harapan anda pada masa hadapan?

Saya berazam untuk mendapatka­n pencapaian terbaik dalam SPM dan bercita-cita untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang kepolisan seterusnya menjadi seorang pegawai polis yang berwibawa serta mempunyai ketahanan tinggi. Pada masa sama, saya akan meneruskan minat dalam sukan ini ke peringkat seterusnya kerana jiwa saya sudah sebati dengan sukan lasak yang digemari golongan muda kini. Selain itu, saya berharap untuk melatih lebih ramai pemimpin pelapis dalam sukan bola jaring ini di sekolah kerana percaya potensi hebat pelajar di sini yang begitu komited mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan mahupun kokurikulu­m yang dianjur

kan.

 ??  ?? Nurshahfiq­ah
Nurshahfiq­ah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia