Berita Harian

Iskandar Malaysia raih pelaburan RM32.23B

Enam sektor rekod pertumbuha­n 16 peratus sejak 2017 hingga tahun lalu

- Oleh Junita Mat Rasid junita@nstp.com.my

Wilayah pembanguna­n Iskandar Malaysia menarik pelaburan komited bernilai RM32.23 bilion sepanjang tahun lalu, kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

Beliau berkata, pelaburan baharu itu menjadikan Iskandar Malaysia mencatatka­n sebanyak RM285.34 bilion keseluruha­n pelaburan komited dalam tempoh 2006 hingga akhir 2018.

Katanya, bagi tahun ini, pihaknya yakin dapat merealisas­ikan sasaran pelaburan komited sebanyak RM30 bilion untuk Iskandar Malaysia, meskipun persekitar­an ekonomi yang mencabar.

“Daripada jumlah pelaburan komited terkumpul setakat ini, pelabur tempatan menyumbang sebanyak RM177 bilion atau 62 peratus daripada nilai keseluruha­n, manakala baki RM108 bilion (38 peratus) disumbang oleh pelabur asing,” katanya berucap dalam sambutan Ulang Tahun Pertama Iskandarsp­ace, di Johor Bahru, semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB), Datuk Khairil Anwar Ahmad.

Tarik ahli perniagaan

Ismail berkata, enam sektor perkhidmat­an iaitu pelanconga­n, pendidikan, kewangan, kesihatan, kreatif dan logistik merekodkan pertumbuha­n 16 peratus dalam tempoh 2017 hingga 2018.

Katanya, sepanjang tahun lalu saja, pelanconga­n mencatatka­n pelaburan sebanyak RM1.94 bilion, diikuti pendidikan sebanyak RM940 juta.

“Dengan jumlah dua sektor yang direkodkan itu mampu dan boleh menarik minat ahli perniagaan untuk memulakan perniagaan mereka di Iskandar Malaysia.” katanya.

Ismail berkata, sejak 2006, pembanguna­n Iskandar Malaysia sentiasa dipandu arah oleh Rancangan Pembanguna­n Komprehens­if (CDP) dan program lestari yang menjadi prinsip pembanguna­n dengan memberi perhatian seimbang kepada tiga bidang ekonomi yang saling berkaitan, keterangku­man sosial dan persekitar­an dalam pembanguna­nnya.

 ??  ?? Ismail Ibrahim
Ismail Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia