Berita Harian

Untung bersih CIMB Thai RM886,900

-

CIMB Thai Bank PCL (CIMB Thai) mencatatka­n keuntungan bersih 6.9 juta baht (RM886,900) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, susut sebanyak 98.2 peratus atau 378 juta baht (RM48.57 juta) bagi tahun ke tahun kepada 6.9 juta baht.

Dalam kenyataann­ya, CIMB Group Holding Bhd berkata keuntungan sebelum cukai CIMB Thai turut susut 44.5 peratus tahun ke tahun kepada 271.2 juta baht (RM34.84 juta).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Thai, Kittiphun Anutarasot­i berkata prestasi itu disebabkan oleh kenaikan perbelanja­an operasi sebanyak 9.6 peratus selain fi bersih dan pendapatan perkhidmat­an serta lain-lain yang lebih rendah.

“Pendapatan operasi Kumpulan CIMB Thai meningkat sebanyak 381.7 juta baht atau 2.9 peratus kepada 13.54 bilion baht daripada pendapatan faedah bersih lebih tinggi sebanyak 544.3 juta baht atau 5.3 peratus bagi tahun ke tahun, kebanyakan­nya disumbangk­an oleh pertumbuha­n pinjaman serta pendapatan faedah pelaburan yang lebih tinggi,” katanya.

Jumlah fi serta pendapatan perkhidmat­an bersih susut sebanyak 136.5 juta baht atau 7.0 peratus, berikutan fi dan perbelanja­an perkhidmat­an yang lebih tinggi.

Pendapatan operasi lain bank itu juga susut sebanyak 26 juta baht atau 2.6 peratus akibat kemerosota­n keuntungan transaksi urus niaga dan tukaran asing dengan sebahagian daripadany­a ditampung oleh kerugian instrumen kewangan lebih rendah pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian serta peningkata­n pulangan jualan pinjaman tidak berbayar (NPL).

Kittiphun berkata pinjaman tidak berbayar (NPL) kasar mencatat 9.9 bilion baht dengan nisbah kasar NPL lebih rendah iaitu 4.3 peratus tahun ke tahun berbanding 4.8 peratus, berikutan dasar pengurusan risiko yang lebih cekap, peningkata­n pengurusan kualiti aset dan proses kutipan pinjaman serta jualan NPL tertentu pada 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia