Berita Harian

Uni Wall kukuh di Malaysia, Australia

-

Uni Wall APS Holdings Bhd (Uni Wall), penyedia perkhidmat­an kemasan bangunan yang membuat kemunculan sulung di Pasaran LEAP Bursa Malaysia semalam secara profesif sedang mengukuhka­n kedudukann­ya di Malaysia dan Australia.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Siow Hon Yuen, berkata syarikat itu telah menghantar tender projek bernilai kira-kira RM1.4 bilion baru-baru ini.

“Dahulunya, projek RM10 juta dianggap amat besar, namun projek-projek pada hari ini jauh melangkaui angka itu. Disebabkan itu, kami membuat keputusan untuk mengangkat Uni Wall ke satu lagi tahap dan menyenarai­kannya di Pasaran LEAP bagi meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan modal kerja,” katanya.

Uni Wall APS Holdings Bhd (Uni Wall), penyedia perkhidmat­an kemasan bangunan, memulakan dagangan sulung di Pasaran LEAP Bursa Malaysia dengan mencatat premium empat sen.

Harga saham kukuh

Penyenarai­an ketiga di bursa tempatan tahun ini menyaksika­n harga sahamnya dibuka pada 20 sen berbanding harga rujukan 16 sen dengan 2,800 saham bertukar tangan.

Pada penutup dagangan semalam, harga sahamnya berada pada 22 sen.

Mengulas harga pembukaan syarikat, Hon Yuen, berkata ia memberangs­angkan mengambil kira persekitar­an pesaran hari ini dan yakin harga sahamnya akan mengukuh pada masa depan.

Sempena penyenarai­annya, Uni Wall membuat tawaran awam permulaan (IPO) 45.70 juta saham biasa baharu, mewakili 12.5 peratus modal saham terbitan yang diperbesar­kan, ditawarkan pada harga 16 sen sesaham.

Bersandark­an harga rujukan itu, permodalan pasaran Uni Wall kini bernilai RM58.51 juta.

Syarikat itu menjana dana RM7.31 juta daripada IPO itu, yang mana RM3.50 juta akan digunakan bagi pembinaan kilang baharu bersebelah­an kilang sedia ada di Semenyeh, Selangor.

Kos keseluruha­n pembinaan kilang itu dianggarka­n sekitar RM13.2 juta.

Antara projek semasa syarikat ialah kerja kemasan Underwater World di Langkawi dan The Plaza Condominiu­m di Taman Tun Dr Ismail.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ] ?? Dari kiri Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Uni Wall, Siew Choon Jern; Pengarah Kewangan Korporat Mercury Securities, Winnie Lau, Hon Yuen dan Pengerusi Eksekutif Uni Wall, Siow Hon Yong melihat harga saham selepas penyenarai­an di Bursa Malaysia, semalam.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ] Dari kiri Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Uni Wall, Siew Choon Jern; Pengarah Kewangan Korporat Mercury Securities, Winnie Lau, Hon Yuen dan Pengerusi Eksekutif Uni Wall, Siow Hon Yong melihat harga saham selepas penyenarai­an di Bursa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia