Berita Harian

ECF dijangka tarik lebih ramai pelabur

-

Platform pendanaan ekuiti ramai (ECF), yang membolehka­n syarikat pemula niaga serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjana dana melalui orang awam dijangka meningkat tahun ini di sebalik persekitar­an ekonomi semasa dunia serta faktor geopolitik yang tidak menentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pitch Platforms Sdn Bhd (Pitchin), Sam Shafie, berkata tahun ini pihaknya menyasarka­n menjana RM16 juta daripada ECF berbanding RM13.6 juta pada 2018.

Sam berkata, 2018 agak mencabar kerana kebanyakan pelabur bergantung kepada isu semasa di Malaysia terutama menunggu tarikh Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14).

“Bagi ECF, isu semasa tempatan banyak memainkan peranan berbanding isu semasa dunia. Tahun lalu kami hanya berjaya menjana ECF yang pertama pada Jun, selepas PRU-14.

“Jadi tahun ini kami optimis, penerbit akan meningkat dan juga pelabur akan kembali yakin dan mampu menjana lebih banyak pendanaan kerana 2019 dilihat tahun yang baik untuk pendanaan ramai.

“Selain itu, Pitchin juga menyasar menggandak­an kempen pendanaan daripada 14 kempen yang dilancarka­n tahun lalu. Pitchin juga meningkatk­an urus niaga yang bakal berhasil mendapat ECF sebanyak 16 urusniaga berbanding 8 urusniaga tahun lalu,” katanya selepas pembentang Laporan ECF 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Sam berkata, Pitchin juga menyasarka­n sebanyak 10 hingga 14 syarikat dapat menamatkan pendanaan ramai mereka menjelang April 2019.

Katanya, sebanyak 23 penerbit merancang untuk meraih pendanaan melalui Pitchin tahun ini dan kebanyakan­nya adalah penerbit yang mempunyai rekod dan cadangan perniagaan yang baik.

Pengeluar makanan dan minuman terbesar dunia, Nestle Malaysia (Nestle) memperkena­lkan rangkaian produk wafer bersalut coklat terbaru,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia