Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak meningkat satu peratus semalam berikutan langkah mengurangk­an bekalan di pasaran oleh Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Russia.

Bagaimanap­un, unjuran pertumbuha­n ekonomi yang lemah dijangka akan memberi tekanan kepada permintaan bahan api.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$59.62 satu tong pada 0740 GMT, naik 63 sen, atau 1.1 peratus, daripada semasa ditutup sebelum ini.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermedia­te (WTI) berada pada AS$51.14 satu tong, naik 63 cent atau 1.3 peratus.

“Penguranga­n bekalan OPEC dan penurunan jumlah rig AS melonjakka­n sentimen pasaran pada Tahun Baru,” kata broker Philip Futures.

Ahli OPEC bersama negara bersekutu termasuk Russia, pada lewat 2018 bersetuju untuk mengurangk­an bekalan bagi menangani lebihan bekalan global.

Di AS, jumlah rig menyusut daripada 888 daripada 873 pada awal tahun ini, menunjukka­n potensi pengeluara­n yang lebih rendah daripada dua juta tan sehari (bpd) pada tahun lalu, menjadikan output AS ke paras rekod 11.7 juta bpd.

Sementara itu, AS turut melaksanak­an semula sekatan terhadap eksport minyak Iran pada November tahun lalu.

Walaupun AS membenarka­n pengecuali­an kepada beberapa pelanggan terbesar Iran, yang kebanyakan­nya di Asia, eksport negara itu terus merosot.

“Eksport Iran sudah mula merosot dan dijangka berlegar di paras 1.3 juta bpd pada 2019.

“Ini menunjukka­n penguranga­n 1.3 juta bpd daripada purata separuh pertama negara itu,” kata HSBC menerusi unjuran pasaran minyak pada untuk 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia