Berita Harian

FBM KLCI cecah paras tertinggi

Belian menjelang penutup bantu pulih kerugian awal

-

Bursa Malaysia kembali pulih daripada kerugian awal untuk ditutup tinggi semalam susulan belian pada saat akhir apabila sentimen pasaran meningkat selepas pengumuman pakej rangsangan oleh China, kata peniaga.

Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.26 mata untuk ditutup pada paras tertinggi harian 1,679.42 berbanding 1,676.16 pada Isnin.

Indeks utama yang merosot ke wilayah negatif sepanjang dagangan, dengan mencatat paras urus niaga harian terendah pada 1,672.55, melantun 10 minit sebelum penutupan.

Berdasarka­n kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 413 berbanding 374, manakala 357 kaunter tidak berubah, 731 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.40 bilion saham bernilai RM1.87 bilion berbanding 2.18 bilion saham bernilai RM1.42 bilion pada Isnin.

Peniaga itu berkata, bursa tempatan rendah berbanding bursa serantau sebelum ini, namun berubah corak selepas China mengumumka­n rancangan untuk merangsang ekonomi dengan melaksanak­an pakej langkah yang termasuk potongan kadar cukai tambah nilai bagi industri terpilih.

Kementeria­n Kewangan juga berjanji untuk menawarkan rebat cukai bagi industri lain, katanya.

“Pengumuman ini disambut baik kerana ia membantu memulihkan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuha­n China, sekali gus mengurangk­an kebimbanga­n mengenai kelembapan global,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing susut dua sen kepada RM9.41 dan RM13.84, Petronas Chemicals susut lapan sen kepada RM8.27, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.70.

Public Bank, bagaimanap­un me

28 sen kepada RM24.98 dan CIMB menambah dua sen kepada RM5.67.

Saham aktif lain, Tatt Giap dan Sapura Energy masing-masing susut satu sen kepada 13.5 sen dan 29.5 sen, Seacera menokok dua sen kepada 25 sen, FGV meningkat 11 sen kepada 93 sen, manakala Perisai tidak berubah pada setengah sen.

Saham yang baru disenarai di Bursa Malaysia Leap Market, Uni Wall App Holdings Bhd (Uniwall), yang memperoleh premium empat sen pada pembukaan, ditutup enam sen lebih tinggi kepada 22 sen berbanding harga tawaran sebanyak 16 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 40.13 mata kepada 11,598.38, Indeks FBMT 100 meningkat 38.38 mata kepada 11,484.60 manakala Indeks FBM Emas Shariah menambah 33.51 mata kepada 11,501.32.

Indeks FBM Ace menokok 35.29 mata kepada 4,459.78 dan FBM 70 melonjak 112.16 mata kepada 13,610.55.

Mengikut sektor, Indeks Kewa ngan meningkat 63.02 mata kepada 17,458.02, Indeks Perladanga­n menambah 31.54 mata kepada 7,136.76, namun Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian susut 0.42 mata kepada 160.90.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.78 bilion saham bernilai RM1.75 bilion berbanding 1.61 bilion saham bernilai RM1.31 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran me

kepada 372.37 juta unit bernilai RM75.24 juta berbanding 311.57 juta unit bernilai RM59.18 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE, bagaimanap­un, berkurang kepada 246.28 juta saham bernilai RM47.44 juta berbanding 257.37 juta saham bernilai RM48.35 juta.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 177.94 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an industri (523.41 juta), pembinaan (211.91 juta), teknologi (135.39 juta), SPAC (1.95 juta), perkhidmat­an kewangan (41.21 juta) (89.88 juta), perladanga­n (88.22 juta), REIT (10.15 juta), dana tertutup (10,000), tenaga (367.54 juta), penjagaan kesihatan (39.12 juta), telekomuni­kasi dan media (27.88 juta), dan utiliti (25.92 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia