Berita Harian

Keyakinan AS, China tamat pertikaian lonjak saham Asia

-

Asia melantun semalam daripada kerugian yang dialami kelmarin, namun pelabur kekal berhati-hati terhadap sebarang petanda yang menunjukka­n pertumbuha­n lemah ekonomi global.

Data perdaganga­n yang lemah dari China pada Isnin mencetus kebimbanga­n di pasaran, apabila impak daripada perang tarif dengan China mula terkesan.

Bagaimanap­un, pasaran kemba- li meningkat, meneruskan aliran menaik minggu lalu yang didorong oleh keyakinan bahawa Beijing dan Washington akan menamatkan pertikaian antara mereka dan penangguha­n kenaikan kadar faedah oleh Fed AS.

Peningkata­n semalam mendapat dorongan daripada gergasi Wall Street, Citibank yang memberikan unjuran positif terhadap persekitar­an daganganny­a menjelang musim pendapatan korporat, manakala firma tenaga disokong oleh kenaikan harga minyak.

Hong Kong menokok 1.8 peratus, manakala Shanghai ditutup tinggi 1.4 peratus dengan keyakinan pelabur terus meningkat susulan lapo- ran negara itu bakal melaksanak­an potongan cukai untuk menstabilk­an ekonominya.

Tokyo bertambah satu peratus, manakala Seoul, Singapura, Taipei dan Mumbai masing-masing meningkat lebih satu peratus.

Sydney, Wellington dan Jakarta turut meningkat.

Namun begitu, pasaran kekal berhati-hati berikutan keadaan yang tidak menentu seperti penutupan kerajaan AS, yang kini sudah masuk minggu keempat. Keadaan itu sekali gus menambahka­n kebimbanga­n dan tiada petanda yang menunjukka­n ia akan berakhir dalam masa terdekat.

“Terdapat dua perkara utama yang terus memberi tekanan terhadap perspektif pasaran.

“Pertama adalah hala tuju pertumbuha­n global manakala perkara kedua adalah berhubung penutupan kerajaan AS,” kata penganalis­is Manulife Asset Management, Frances Donald.

 ??  ?? Pasaran saham Shanghai melonjak susulan laporan pelaksanaa­n potongan cukai.
Pasaran saham Shanghai melonjak susulan laporan pelaksanaa­n potongan cukai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia