Berita Harian

Keluarga harap inkues dibuat secara adil

-

Alor Setar: Keluarga Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim berharap inkues kes kematian anggota bomba itu yang akan diadakan Jumaat ini, dibuat secara adil dan tanpa sebarang gangguan.

Bapa arwah, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata mereka sekeluarga mengetahui bahawa inkues berkenaan dibuat bagi menentukan sebab kematian anak keduanya itu.

“Saya berharap keadilan untuk arwah berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan campur tangan mana-mana pihak.

Reda, harapkan keadilan

“Tiada bapa yang akan gembira dengan kejadian itu, namun saya sekeluarga hanya mampu reda dan mengharapk­an keadilan,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tebengau, di sini, semalam.

Terdahulu, Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan meluangkan masa hampir 30 minit bertemu Mohd Kassim dan keluargany­a bagi menyatakan kesedihan dengan kejadian menimpa Muhammad Adib.

Tunku Puteri Intan Safinaz turut menyampaik­an sumbangan bagi meringanka­n beban dan kesedihan keluarga arwah.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapk­an sepenuhnya siasatan kes kematian anggota bomba itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, dipetik sebagai berkata kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutny­a.

Mahkamah Shah Alam menetapkan tarikh 18 Januari ini bagi pengurusan kes inkues untuk menentukan punca kematian Muhammad Adib.

Prosiding inkues itu akan dijalankan di Mahkamah Koroner yang bersidang di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Muhammad Adib, 24, yang parah dipercayai dipukul ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), 17 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia