Berita Harian

Pemantauan di pintu sempadan diperketat

-

Padang Besar: Proses keluar masuk pelancong di pintu sempadan Malaysia-thailand mula diperketat semalam, susulan penularan wabak Chikunguny­a yang melanda Hatyai ketika ini.

Jabatan Kesihatan Perlis dilapor mula menggunaka­n alat mengimbas suhu ke atas pelancong di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar selain mengedarka­n risalah mengenai bahaya wabak berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan Perlis, Teh Chai Ann, berkata langkah itu diambil bagi mengawal wabak berkenaan daripada menular masuk ke negara ini.

“Antara kawasan yang menjadi tumpuan operasi hari ini (semalam) ialah di Kompleks ICQ Padang Besar dan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar.

“Kita menampal poster dan mengedar risalah kepada setiap pelancong yang masuk ke Perlis melalui dua kawasan yang disebutkan tadi, namun setakat ini tiada kes Chikunguny­a dikesan,” katanya, semalam.

Sebelum ini, media Thailand, Bangkok Post, melaporkan virus Chikunguny­a iaitu jangkitan yang biasanya berlaku di Afrika dikesan di Hatyai.

Pulang selepas baca laporan

Menurut laporan media berkenaan, puluhan pesakit terpaksa mendapatka­n rawatan akibat jangkitan virus berkenaan.

Sementara itu, rakyat negara ini yang melawat Thailand, Mohd Shuzaimi Perli, 27, mengambil keputusan pulang selepas membaca laporan berita mengenai wabak itu di laman Facebook BH, malam tadi.

“Bimbang juga kerana sudah lama tidak mendengar wabak itu menyerang dan saya hanya tahu mengenainy­a malam tadi (kelmarin), sebelum terus mengambil keputusan pulang menaiki kereta api hari ini,” kata mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

Bagi jurutera, Khairul Azmi Yusof, 26, kecewa kerana pihak berkuasa di Thailand seakan tidak mengambil berat mengenai penularan wabak berkenaan yang melanda negara itu.

“Sepanjang berada di Hatyai minggu lalu, sehingga semalam, pihak kesihatan di sana (Thailand) seolah-olah mengambil ringan wabak ini. Tiada poster atau risalah diedar di kawasan tumpuan pelancong di sana seperti dilakukan Jabatan Kesihatan di Malaysia,” katanya.

Langkah itu diambil bagi mengawal wabak berkenaan daripada menular masuk ke negara ini” Teh Chai Ann, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan Perlis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia