Berita Harian

Tiada kes jangkitan di Taiping

-

Putrajaya: Tiada kes positif rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Taiping, Perak, setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, berkata dua mangsa digigit anjing positif rabies di Taiping pada 25 Disember tahun lalu, tidak menunjukka­n gejala penyakit itu.

“Kerjasama antara Kementeria­n Kesihatan dengan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) sedang dilakukan untuk pelaksanaa­n aktiviti kawalan dan pencegahan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Pantau rapi pintu masuk

Kelmarin, mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS), Perak, diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies susulan empat sampel diambil di kawasan itu didapati positif wabak itu.

Sementara itu, mengulas mengenai penularan wabak Chikunguny­a, Dr Dzulkefly berkata, pemantauan di pintu masuk antarabang­sa antara Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia diperkukuh­kan dengan kaedah saringan suhu badan untuk mengesan kes disyaki Chikunguny­a daripada pelawat yang memasuki negara ini.

Berhubung cadangan memperluas­kan larangan merokok di pejabat atau tempat kerja pula, beliau berkata, kementeria­n terbuka untuk mempertimb­angkan pelbagai cadangan berhubung perkara itu.

“Kita sedia mempertimb­angkan kerana mengetahui kepentinga­n udara yang sihat untuk semua,” katanya.

Kita sedia mempertimb­angkan kerana mengetahui kepentinga­n udara yang sihat untuk semua,” Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia