Berita Harian

Lelaki ditahan bersama 2 senapang buatan sendiri

-

Mersing: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan bersama dua senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di sebuah kediaman di FELDA Tenggaroh Timur 1, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superinten­dan Cyril Edward Nuing, berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing ke lokasi hasil maklumat orang awam, pada jam 12.50 tengah malam, Rabu lalu.

Katanya, ketika serbuan, pintu tidak berkunci, sebelum polis menjumpai suspek yang tinggal bersendiri­an sedang berehat dengan senapang angin diletakkan di ruang tamu rumah.

Buru haiwan

“Hasil pemeriksaa­n, polis menjumpai dua senapang angin, selain 14 biji guli dalam beg jaring dipercayai digunakan sebagai peluru untuk memburu haiwan.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Cyril berkata, polis menahan tiga lelaki berusia antara 26 hingga 34 tahun yang cuba lari ketika ditahan di Jalan Wawasan 20, Taman Wawasan, di sini, pada 21 Disember lalu.

Katanya, dalam kejadian jam 10.15 malam itu, semua suspek ketika itu menaiki dua kereta Audi dan Toyota Vios berada di tepi jalan dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n, polis merampas sepucuk revolver, 31 peluru pelbagai jenama, sejumlah peralatan disyaki digunakan bagi kegiatan pecah rumah, dua kereta dan tiga telefon bimbit,” katanya.

 ?? [FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] ?? Cyril (dua dari kiri) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di IPD Mersing, semalam.
[FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] Cyril (dua dari kiri) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di IPD Mersing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia