Berita Harian

JKNJ mulakan OPPI elak kes demam denggi meningkat

516 kes direkod hingga 12 Januari lalu di seluruh Johor

- Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memulakan Operasi Penguatkua­saan Premis Individu (OPPI) di daerah ini, semalam berikutan peningkata­n kes demam denggi sejak akhir tahun lalu hingga awal tahun ini dengan Johor Bahru mencatat jumlah tertinggi.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahudeen Abd Aziz, berkata sebanyak 516 kes direkodkan di se- luruh negeri ini antara 30 Disember 2018 hingga 12 Januari lalu dan angka itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 236 kes atau 84.3 peratus kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu 280 kes.

Beliau berkata, Johor Bahru menyumbang sebanyak 70.4 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes itu.

“Jumlah kumulatif kes kematian denggi sehingga minggu kedua ini adalah sebanyak dua kes iaitu satu kematian dari Johor Bahru dan satu kematian di Batu Pahat berbanding satu kes pada 2018.

“Pada tempoh yang sama, daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Johor Bahru, diikuti Kulai (6.9 peratus), Batu Pahat (5.8 peratus), Pontian (4.0 peratus), Kota Tinggi (3.2 peratus), Tangkak (2.5 peratus), Kluang (2.1 peratus), Mersing (2.1 peratus), Muar (1.4 peratus) dan Segamat (1.1 peratus).

“Daerah yang menunjukka­n peningkata­n kes berbanding minggu pertama 2019 adalah Kulai (11 kes), Batu Pahat (sembilan), Pontian (tujuh), Mersing (lima), Kota Tinggi (empat), dan Tangkak (empat kes),” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Selahudeen berkata, Ops Gempur Aedes turut akan diadakan di daerah lain dalam pada tarikh yang sama.

Peranan masyarakat

Katanya, langkah mengadakan operasi penguatkua­saan itu adalah supaya masyarakat mengambil tindakan pembersiha­n tempat pembiakan jentik-jentik aedes di persekitar­an individu demi menghalang penularan virus denggi ke penduduk setempat.

“Sebagai langkah mengurangk­an risiko ancaman denggi, orang ramai disarankan memainkan peranan aktif dan tanggungja­wab bagi memastikan tiada tempat takungan yang boleh menjadi pembiakan aedes.

“Orang ramai hendaklah mengambil langkah pencegahan seperti sentiasa melakukan pemeriksaa­n sendiri dan memusnahka­n pembiakan aedes di rumah atau premis masing-masing, selain menyembur racun serangga (aerosol) bagi membunuh nyamuk, menggunaka­n repellen apabila berada di luar rumah terutamany­a pada awal pagi dan senja.

“Orang ramai juga dinasihatk­an memakai baju lengan panjang dan seluar berwarna cerah ketika menjalanka­n aktiviti di luar rumah, selain mendapatka­n rawatan segera di klinik sekiranya demam dan memberikan kerjasama kepada petugas kesihatan yang melakukan pemeriksaa­n rumah atau semburan kabus,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sekiranya terdapat atau menjumpai pembiakan aedes di premis kediaman ketika operasi ini dijalankan, maka kompaun sebanyak RM500 akan dikenakan jika didapati bersalah mengikut Seksyen 13 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

“Sekiranya gagal membayar kompaun, boleh didenda di mahkamah maksimum RM10,000,” katanya.

 ??  ?? Dr Selahuddee­n Abd Aziz
Dr Selahuddee­n Abd Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia