Berita Harian

Ibu minta orang ramai doa anak hidap kanser tahap 4 sembuh

-

Kota Bharu: “Saya mohon orang ramai doakan anak saya cepat sembuh kerana dia semakin lemah dan kini menggunaka­n oksigen untuk bantuan pernafasan”.

Itu luahan seorang ibu, Siti Nur Ashima Makhatar, 29, selepas tidak sanggup lagi melihat anak perempuann­ya, Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus berusia setahun, menanggung kesakitan akibat kanser tisu tahap empat yang dihidapiny­a.

Siti Nur Ashima berkata, sel kanser anak ketiga daripada empat beradik itu semakin merebak dan memerlukan rawatan rapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Katanya, Nur Syifa dimasukkan ke HUSM Sabtu lalu kerana badannya semakin lemah dan bernafas dalam keadaan laju.

“Walaupun saya masih berpantang selepas 27 hari melahirkan anak perempuan, saya perlu gagahkan diri menjaga Nur Syifa di hospital kerana dia lebih memerlukan saya.

Keadaan makin lemah

“Sejak Sabtu lalu, keadaannya semakin lemah dan dia langsung tidak menangis ketika pegawai perubatan mengambil darah atau melakukan rawatan terhadapny­a. Berbanding sebelum ini, anak kerap menangis kerana terlalu sakit.

“Sebagai ibu, saya berdoa supaya anak kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan normal,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Siti Nur Ashima bersyukur kerana nasib anaknya itu mendapat perhatian ramai selepas dilaporkan oleh NSTP November lalu.

Beliau berkata, ramai yang prihatin menghulurk­an sumbangan, sekali gus dapat meringanka­n beban yang ditanggung­nya sekeluarga terutama suami, Mohd Firdaus Abdul Rahim, 33, yang perlu berulang-alik dari Kampung Kubang Golok, Bachok ke HUSM.

 ?? [FOTO ZAMAN HURI ISA /BH] ?? Siti Nur Ashima menunjukka­n gambar Nur Syifa Aulia yang disahkan menghidap kanser tahap empat ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
[FOTO ZAMAN HURI ISA /BH] Siti Nur Ashima menunjukka­n gambar Nur Syifa Aulia yang disahkan menghidap kanser tahap empat ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia