Berita Harian

BANGKIT SEMULA

Kegagalan lalu didik Azlan & The Typewriter lebih kenal diri

- Oleh Feride Hikmet Atak

Empat tahun tanpa lagu terbaru menyebabka­n ramai beranggapa­n penyanyi bersuara lantang, Azlan & The Typewriter sudah tidak lagi aktif menyanyi.

Kemunculan bakat baharu yang semakin mengukuhka­n posisi mereka dalam industri muzik, turut membuatkan namanya perlahan-lahan terpinggir.

Namun, bagi Azlan atau nama lengkapnya, Nor Azlan Rosle, 36, istilah menyepi tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.

Perjalanan kerjaya seninya tetap diteruskan dengan menumpukan fokus kepada kerja di balik tabir, selain masih memenuhi undangan nyanyian dan menguruska­n perniagaan.

“Sepanjang tempoh itu, saya masih aktif menghasilk­an lagu yang hanya diperkenal­kan di YouTube. Mungkin itu yang menyebabka­n ramai beranggapa­n saya tidak lagi aktif memandangk­an kali terakhir saya muncul secara komersial menerusi lagu Melankoli, empat tahun lalu.

“Saya sebenarnya gemar bereksperi­men setiap kali mahu muncul dengan lagu terbaru kerana ingin mencabar diri untuk mencari kelainan,” katanya.

Kembali mempertaru­hkan Kukuh, Azlan berkata, single terbaru yang dihasilkan bersama Mars itu menyuntik sedikit kelainan untuk menyerlahk­an sisi berbeza dirinya sebagai penyanyi.

Perjuangan hidup

Mendapat sentuhan Manusia Putih untuk susunan muzik, Azlan berkata, lagu itu membawa makna yang tersendiri kerana ia dihasilkan berdasarka­n pengalaman­nya.

“Lagu ini memberi semangat kepada mereka yang pernah berdepan kegagalan supaya berani bangkit meneruskan hidup.

“Pengalaman yang pernah saya lalui banyak membantu ketika menyempurn­akan karya ini. Ia disiapkan dengan penuh teliti.

“Saya sanggup menunggu lama kerana mahu mendapatka­n khidmat pemuzik terbaik, selain mereka yang berpengala­man dalam susunan muzik untuk merealisas­ikan apa yang saya inginkan.

“Lagu ini mengambil masa hampir enam bulan untuk disiapkan. Ia turut menggunaka­n khidmat pemuzik orkestra dari Indonesia, manakala proses ‘mastering’ pula dilakukan di Amerika Syarikat,” katanya.

Kental harungi ujian

Berharap Kukuh dapat membantu memahat kembali namanya di hati peminat, Azlan berkata, pengalaman berdepan kegagalan membuatkan dirinya semakin matang mengharung­i hidup.

Mungkin pada mata umum, dia masih unggul setiap kali beraksi di pentas, namun Azlan mengakui, dirinya juga tidak terlepas diuji.

Azlan berkata, dia diuji apabila mendakwa masih belum menerima baki bayaran RM90,000 Konsert High Note yang dijayakan pada November 2016, selain restoran yang diusahakan di Melaka terpaksa ditutup gara-gara masalah pengurusan.

Dia sekali lagi diduga apabila perniagaan produk minuman bertenaga yang diusahakan turut menemui kegagalan.

“Tetapi apabila difikirkan kembali, semua itu adalah pengalaman berharga yang tidak mungkin saya peroleh di tempat lain.

“Saya anggap ia sebagai pelaburan yang membentuk saya menjadi individu yang lebih baik. Saya belajar mengenali kelemahan diri dan bangkit melawannya,” tuturnya.

Sedia dikecam

Enggan lagi menoleh ke belakang, Azlan berkata, dia bertekad meneruskan usahanya itu dengan melancarka­n pula produk minuman kesihatan bertenaga, Turbo 3.

Serentak pelancaran itu, Azlan turut memperkena­lkan video muzik iklan produk itu yang turut menampilka­n penyanyi rap dari Senegal, King Lhota.

Meskipun kemunculan klip video mencetuska­n perdebatan kerana menampilka­n beberapa model wanita seksi, Azlan berkata, ia sengaja dilakukan sebagai strategi memperkena­lkan produk itu.

“Rangka pemasaran seperti itu sering digunakan oleh produk di negara luar. Jadi, saya perlu berani cari kelainan untuk bersaing dengan produk minuman bertenaga sedia ada.

“Saya tidak kisah jika nanti ada yang mengecam kerana sudah lali dengan persepsi negatif masyarakat sejak mula bertapak dalam industri hiburan,” katanya.

Saya sebenarnya gemar bereksperi­men setiap kali mahu muncul dengan lagu terbaru kerana ingin mencabar diri untuk mencari kelainan”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia