Berita Harian

SK mahu kukuh nama di pasaran antarabang­sa

Pengasas telekung Siti Khadijah tekad tawar produk kualiti terbaik

- Oleh Nor Hatina Shuib

Perjalanan sedekad perniagaan telekung premium jenama Siti Khadijah (SK) berhadapan pelbagai cabaran dalam memenuhi pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Pengasas jenama SK, Padzilah Enda Sulaiman, berkata penerokaan penuh liku itu mengajar beliau terus gigih menawarkan yang terbaik dan berkualiti.

Bagaimanap­un beliau berkata, banyak yang sudah dilalui dan berbangga apabila bukan saja dapat membina jenama ini ke peringkat antarabang­sa dan memartabat­kan penggunaan telekung, malah membantu ramai wanita seperti suri rumah mendapat pekerjaan.

“Malah, SK membantu wanita yang pada asalnya tiada pekerjaan, mengalami masalah kewangan dan tiada kemahiran menjadi wanita yang serba boleh dan ada kualiti diri.

“Antara yang kekal di ingatan saya adalah membantu wanita India yang mengalami kesusahan kerana suami menghidap strok untuk bekerja dengan SK. Dia bekerja dengan kami sehingga hari ini,” katanya pada majlis pelancaran Dahsedekad.com sempena ulang tahun Ke-10 jenama itu, semalam.

Bagi memperkuku­hkan jenama Siti Khadijah (SK) di pasaran tempatan dan antarabang­sa, syarikat telekung premium itu melabur RM3.5 juta di negara ini termasuk Indonesia sepanjang tahun ini.

Pada masa sama, mulai tahun ini SK menambahka­n lagi 12 rangkaian butik di Indonesia dan lima di Malaysia.

Tambah rangkaian butik

Pengarah Pemasarann­ya, Mohammad Munzir Aminuddin, berkata pelaburan itu bagi memastikan SK berada di landasan tepat memperkuku­hkan syarikat sebagai jenama telekung premium pertama di negara ini.

“Tahun ini antara strategi perniagaan kita adalah menambah rangkaian butik kepada 40 di seluruh negeri.

“Berikutan pasaran luas di Indonesia, SK melabur di lima butik di negara itu,” katanya.

Pada majlis itu, SK turut melancarka­n lima koleksi telekung baharunya yang bakal berada di pasaran April ini.

Muhammad Munzir berkata, bagi tahun ini, jaringan perniagaan diperluask­an di negara luar seperti Singapura, Brunei dan negara Asia Barat, Makkah.

“Sokongan peminat telekung ini mendorong SK mengintai pasaran luar negara dan bertapak di sana. Kami yakin permintaan memberangs­angkan tahun ini memandangk­an setiap hari, kita perlu mengeluark­an 1,800 sehingga 2,000 helai telekung,” katanya.

Beliau berkata, fokus SK bukan saja kepada telekung tetapi lebih serius meneroka pakaian Muslim, jubah, tudung dan produk penjagaan peribadi.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Padzilah bersama model ketika majlis Pelancaran Dahsedekat.com sempena ulang tahun Ke-10 Siti Khadijah di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Padzilah bersama model ketika majlis Pelancaran Dahsedekat.com sempena ulang tahun Ke-10 Siti Khadijah di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia