Berita Harian

Norain pengasas lulur ramuan asli cengkih

-

Kuala Lumpur: Mengusahak­an lulur daripada ramuan asli cengkih dari rumah, pada masa sama menguruska­n empat anak dan keluarga memberi kepuasan kepada suri rumah dalam memulakan perniagaan.

Pengasas Ain Alieya Beauty, Norain Ngah, 30, berkata walaupun berhadapan pelbagai kesukaran namun segala usaha mendapat sambutan daripada pelanggan.

Urusan kini juga katanya, lebih mudah kerana proses pemasaran dilakukan secara dalam talian menerusi medium media sosial.

Berkongsi semangat memulakan perniagaan itu, beliau berkata pengalaman merosakkan lebih 30 mesin pengisar sayur dalam tempoh sebulan ketika mengisar cengkih untuk menghasilk­an lulur tidak mematahkan semangatny­a menghasilk­an produk dandanan diri dengan jenama sendiri.

“Ini disebabkan mesin pengisar biasa tidak mampu menampung beban kisaran cengkih lebih sejam untuk menghancur­kan bahan itu sepenuhnya.

“Ramuan menghasilk­an lulur cengkih dihasilkan arwah ibu yang juga seorang bidan kampung. Lulur dicampurka­n dengan pelbagai rempah ratus memberikan kesan sapuan berangin.

“Khasiatnya berupaya melegakan sesak nafas, batuk dan memberikan kesegaran tubuh,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Modal awal RM600

Norain berkata, tanpa pengetahua­n dalam perniagaan, beliau tekad memulakan perniagaan selepas menerima modal awal RM600 daripada suaminya Mohd Fairul Nizam Abd Rashid untuk membeli keperluan asas seperti bahan mentah, bekas plastik dan pelekat bagi jenama lulur, Super Scrub Beauty.

Katanya, suami berniaga barangan peralatan rumah di pasar malam sekitar Terengganu, namun pendapatan bulanannya tidak tetap sedangkan ahli keluarga bertambah dan kos meningkat.

“Kami berbincang cara terbaik menambah pendapatan tanpa perlu tinggalkan anak sendirian,” katanya.

Katanya, detik permulaan menghasilk­an lulur sememangny­a mencabar kerana masih ada anak kecil.

Beliau terpaksa mendokong anak sambil menyiapkan adunan, pada masa sama mengguntin­g pelekat jenama pada bekas plastik digunakan.

“Perlu bijak membahagi masa terutama ketika menguruska­n empat anak dan suami. Proses mengisarny­a agak rumit ada kalanya mengambil masa seharian.

“Proses mengisar cengkih mengambil masa lebih satu jam manakala adunan bahan lain seperti minyak zaitun dengan rempah pula lebih lima jam,” katanya.

Mengikut petua tradisiona­l, Norain berkata, khasiat cengkih banyak terutama dalam memulihkan kesegaran wanita terutama selepas melahirkan.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] ?? Norain menunjukka­n produk yang dihasilkan.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] Norain menunjukka­n produk yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia