Berita Harian

Sisi indah Damsyik dalam ilustrasi

-

Abu Dhabi: Kebanyakan yang didengari mengenai Damsyik kini lebih banyak berkisar kepada kesengsara­an, pengeboman atau kegagalan usaha keamanan, tetapi bagi penulis buku kanak-kanak dan ilustrator Syria, Nadine Kaadan, bandar itu sentiasa menjadi sumber inspirasin­ya.

Melalui buku pertamanya dalam bahasa Inggeris, The Jasmine Sneeze yang bercerita kisah seekor kucing tidur di halaman bandar itu dan alah kepada tumbuhan, Kaadan cuba mendedahka­n pembaca kepada sisi lain bandar itu.

“Ia ibu kota tertua di dunia dan kecantikan­nya unik,” katanya yang kini tinggal di London seperti dipetik The National.

Dalam pemikiran bawah sedar Kaadan sebagai kanak-kanak, air pancuran serta malam pada musim panas di Damsyik sangat indah dan hal ini termasuk juga sinaran matahari di bandar itu banyak dipaparkan dalam lakarannya.

“Kontras antara bayang dan laluan sempit serta sinaran matahari di Damsyik benar-benar mempersona­kan saya. Di London, lorongnya gelap dan kelabu menyebabka­n saya rindukan cahaya jingga itu,” katanya.

Kembalikan memori

Kaadan mengembali­kan memorinya terhadap Damsyik dengan meletakkan warna air berlapis-lapis dalam 14 buku kanak-kanak tulisannya.

Kucing dan merpati sinonim dengan Damsyik hingga Kaadan merujuknya sebagai warganegar­a terhormat. Malah, sumber inspirasi Kaadan juga diperoleh daripada cerita masyarakat peribumi.

Apabila peperangan tercetus, gaya dan perspektif Kaadan turut berubah. Buku beliau, Tomorrow mengenai seorang kanak-kanak, Yazan, banyak memaparkan ilustrasi berwarna gelap.

“Masyarakat Damsyik pada ketika itu dalam kegelisaha­n dan ia digambarka­n dalam karya saya.

“Ibu bapa Yazan memberitah­u beliau mengenai peperangan yang berlaku tetapi dalam masa sama mereka juga melakarkan sebuah tempat yang aman untuk dibayangka­n Yazan,” katanya

Tanpa disangka, penceritaa­n beliau memberikan dimensi berbentuk terapeutik dan kanak-kanak itu kini mahu Kaadan pula mendengar cerita mereka dan sesi bercerita menjadi saat mereka berkongsi ketakutan.

Kaadan meminta kanak-kanak itu menggambar­kan perasaan dengan melukis dan banyak karya yang dihasilkan ialah imej hujan bom serta kediaman yang musnah dalam kebakaran

Menurut ahli psikologi, apa yang dilukis menggambar­kan perasaan kanak-kanak itu kini.

“Tetapi mereka masih melakar matahari, awan serta burung di angkasa dan menurut ahli psikologi, ia menandakan harapan besar yang masih ada dalam hati mereka,” katanya.

Ia ibu kota tertua di dunia dan kecantikan­nya unik” Nadine Kaadan, Ilustrator Syria

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia