Berita Harian

Pendidik sepatutnya diberi ruang bangunkan program pembelajar­an sendiri

- Azizi Ahmad, Pendidik Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabang­sa, Lembah Pantai

Berdekad lamanya agensi Kementeria­n Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diberi kuasa dan tanggungja­wab, dalam isu berkaitan pendidikan di negara kita.

Sungguhpun ‘pelanggan’ (pendidik, pelajar dan ibu bapa) diberi peluang menyuaraka­n pandangan, pemusatan kurikulum dan penilaian (kini pentaksira­n) masih di bawah kuasa Menteri Pendidikan dan kementeria­n terbabit.

Satu langkah kononnya membuka lebih banyak peluang untuk ekuiti, sementara yang lain membatasi keupayaan guru untuk membuat keputusan autonomi, sebagai tindak balas kepada keperluan dan nilai setempat mereka.

Sistem kepercayaa­n sama ada agama, falsafah, politik, ideologi atau gabungan, adalah pengaruh yang paling kurang diberikan peluang dalam pendidikan.

Perspektif tempatan dipinggirk­an

Mengikut statistik, kita mempunyai 10,180 sekolah rendah dan menengah serta pelbagai bahagian dalam Kementeria­n Pendidikan, namun perspektif birokrasi bandar sering kali didahuluka­n, manakala perspektif tempatan atau serantau dipinggirk­an.

Di seluruh negara, sekolah menghabisk­an berjam-jam melaporkan kegiatan ke JPN dan kementeria­n, manakala birokrat menghabisk­an waktu berjam-jam memeriksa dan menerbitka­n hasil sekolah. Ini seolah-olah permainan pematuhan yang besar.

Ini tidak diambil kira ‘permainan’ ISO, MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) dan beberapa lagi sistem kualiti yang diimpikan oleh mereka yang ‘berwawasan.’

Sekolah di luar bandar akan ‘mengundur diri’ dan seolah-olah tersisih, kerana pendidikan dilihat sebagai perusahaan yang berpusat di metro.

Oleh kerana pelaporan data sekolah diterbitka­n di internet, usaha guru dan pengetua untuk menyediaka­n pendidikan berkualiti tinggi, dirampas penilaian perbanding­an dan agenda pelaporan.

Jika tidak ada usaha menonjolka­n perbanding­an nasional, pendidik dengan sendirinya dapat memberikan lebih banyak masa, untuk mencipta pengalaman pembelajar­an yang bermakna bagi pelajar mereka.

Kita seolah-olah gagal melaksanak­an demokrasi apabila mengenakan program yang dibangunka­n birokrasi berpusat, sebagai alat penyelamat untuk masalah setempat.

Guru pemangkin perubahan

Program sahaja tidak menyelesai­kan masalah sosial. Pemangkin perubahan sebenar adalah mereka yang bergelar guru, jurulatih, mentor, rakan mahu pun orang tempatan.

Kita boleh membirokra­sikan, menyeragam­kan dan menormalka­n pendidikan yang kita suka, tetapi pendidikan akan sentiasa menjadi sesuatu yang bersifat peribadi dan emosi bagi masyarakat setempat, kerana mereka mempunyai kepercayaa­n sendiri yang mungkin tidak sesuai dengan kepercayaa­n di bandar besar.

Pihak sekolah dan pendidik harus membangunk­an program mereka sendiri, yang sesuai untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat agar pembelajar­an menjadi bermakna.

Dengan cara ini, kepercayaa­n tempatan tidak akan dikompromi agenda kerajaan dan guru akan diberi kuasa memenuhi keperluan pelajar mereka dan bukan hanya melalui bahan.

Pada tahap praktikal, sekolah tempatan harus dapat mengajar apa yang mereka ingin ajarkan dan menjalanka­n pengujian dan penilaian dengan cara mereka sendiri, agar pembelajar­an dan pentaksira­n menjadi bermakna.

Kita memerlukan autonomi tersendiri supaya pendidikan dapat memenuhi keperluan pelajar.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Guru memiliki tanggungja­wab besar memastikan murid mendapat pendidikan sempurna ketika di sekolah.
[FOTO HIASAN] Guru memiliki tanggungja­wab besar memastikan murid mendapat pendidikan sempurna ketika di sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia