Berita Harian

Majlis graduasi Tahun Enam membazir, bebankan ibu bapa

- Ziman, Gopeng, Perak

ingin menarik perhatian Kementeria­n Pendidikan, mengenai budaya mengadakan majlis graduasi Tahun Enam di sekolah kebangsaan.

Walaupun tidak salah, budaya ini pada saya tidak perlu dan satu pembaziran dari segi masa, tenaga dan wang ringgit, apatah lagi kos sebahagian besar ditanggung ibu bapa.

Sejak kebelakang­an ini, budaya itu semakin menjadi-jadi dengan sekolah berlumba-lumba menganjurk­an majlis seumpamany­a di tempat mewah seperti hotel.

Dipanggil pula ahli politik dan tokoh kenamaan untuk perasmian.

Jubah konvokesye­n berserta topi empat segi (mortar board) disediakan bukan sahaja untuk murid, bahkan guru dan kenamaan yang hadir.

Majlis konvokesye­n pada peringkat pengajian tinggi

Sewajarnya, nilai sebuah majlis konvokesye­n itu tidak sepatutnya dicacatkan sedemikian rupa. Anak perlu dididik ia perlu dicapai pada peringkat pengajian tinggi, bukan setakat tamat Tahun Enam.

Lebih menyedihka­n, disebabkan penganjura­n majlis seumpama ini, serta pelbagai program lain direncanak­an sepanjang tahun, setiap sekolah memperuntu­kkan kos besar yang perlu disediakan ibu bapa.

Kos ini berbeza mengikut sekolah antara RM200 hingga RM500, sedangkan pendidikan di Malaysia secara umumnya disediakan percuma, melainkan sedikit yuran yang minimum. Itu pun lazimnya dibayar kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Jadi, mengapa perlu bayaran tambahan sehingga mencecah ratusan ringgit ketika di Tahun Enam atas nama pelbagai program kecemerlan­gan, kem motivasi dan majlis konvokesye­n.

Gesa campur tangan

Saya menyeru Kementeria­n Pendidikan segera menghentik­an budaya tidak sihat ini, yang mencacatka­n hasrat murni kerajaan dalam memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

Majlis perpisahan Tahun Enam memadai dibuat di sekolah dengan kutipan secara one-off (sekali gus) yang minimum.

Disebabkan penganjura­n majlis seumpama ini, serta pelbagai program direncana sepanjang tahun, setiap sekolah peruntuk kos besar yang perlu disediakan ibu bapa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia