Berita Harian

Rahaf tekad mula hidup baharu

Gadis Arab Saudi anggap amat berbaloi segala risiko terpaksa diambil untuk tiba di Kanada

-

Rahaf Mohammed Al Qunun mendedahka­n bahawa dia mahu meneruskan pelajaran, mencari pekerjaan dan menjalani kehidupan seharian seperti orang lain ketika berada di Kanada, iaitu sesuatu yang tidak dapat dilakukann­ya di Arab Saudi.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual media tempatan Kanada di sini, semalam.

“Saya berasa sangat gembira untuk berada di Kanada. Ia amat berbaloi dengan segala risiko yang terpaksa saya ambil untuk tiba di sini,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran Kanada (CBC), iaitu dua hari selepas tiba Toronto dari Bangkok.

Remaja warga Arab Saudi itu meraih perhatian masyarakat antarabang­sa minggu lalu, apabila mengurung diri di dalam bilik hotel di lapangan terbang di Bangkok, bagi mengelak dihantar pulang kepada keluarga, yang menolak tuduhan menderanya.

Rahaf juga enggan bertemu bapa danabangny­a,yangtibadi­bangkokbag­i membawanya pulang ke Arab Saudi.

Namun, nasibnya berubah selepas Suruhanjay­a Tinggi bagi Pelarian, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) mengiktira­fnya sebagai pelarian dan disusuli kesediaan Kanada memberi perlindu- ngan kepadanya.

Dalam temubual dengan CBS itu, Rahaf turut berkata: “Saya rasa saya tidak akan dapat mencapai impian saya, selagi saya berada di Arab Saudi”.

Terasa kasih sayang

Gadis itu turut menyuaraka­n betapa dia kini seperti dilahirkan semula sejak menjejak kaki ke bumi Kanada. “Saya terasa kasih sayang dan diterima di sini,” katanya.

“Saya akan mencuba apa yang saya belum cuba sebelum ini. Saya akan belajar apa yang saya tidak dapat belajar selama ini. Saya akan menjelajah membawa diri di tempat baharu.”

Rahaf turut menyuaraka­n dia akan bekerja selepas belajar nanti dan menempuh kehidupan sama dilalui orang lain yang mengejar kebebasan.

Terdahulu, remaja perempuan Arab Saudi berusia 18 tahun itu melarikan diri daripada keluargany­a, minggu lalu kerana bim- bangkan nyawanya dan lega Kanada memberikan suaka kepadanya.

Secara terus terang gadis itu bersuara dia pasti akan dibunuh jika mengikut mereka pulang dan turut mengutarak­an dia melarikan diri kerana mendakwa didera keluarga yang mencetuska­n bantahan terhadap sistem lelaki sebagai penjaga atau wali.

Malah, sistem itu menjadi kekangan utama kepada wanita di negara Islam Konservati­f itu sedangkan pada masa sama ia cuba mengamalka­n dasar terbuka.

“Hapus sistem pewalian dan kami semua tidak akan berhijrah” menjadi tulisan mesej aliran utama di Twitter, di Arab Saudi.

Saya akan mencuba apa yang saya belum cuba sebelum ini. Saya akan belajar apa yang saya tidak dapat belajar selama ini” Rahaf Mohammed Al Qunun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia