Berita Harian

‘Saya bukan ejen Russia: Trump

Presiden AS tetap nafi pernah kerjasama dengan Moscow

-

Presiden Donald Trump terus menegaskan beliau pernah bekerja untuk Russia, selepas media melaporkan Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) memulakan siasatan pada 2017, mengenai sama ada tindakanny­a itu menjejaska­n kepentinga­n negara itu.

Kenyataan yang dikeluarka­n adalah penafian pertama yang dikeluarka­n oleh pemimpin Amerika Syarikat itu, berhubung isu berkenaan.

Pada masa sama, Trump turut menyangkal laporan Washington Post, bahawa beliau menyembuny­ikan maklumat mengenai pertemuann­ya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, selain merampas nota milik penterjema­hnya.

Sebelum ini, anggota Kongres dari parti Demokrat dilaporkan mungkin mengeluark­an sepina terhadap penterjema­h terbabit.

Memecat pengarah

Pada Jumaat lalu, The New York Times melaporkan, bahawa FBI memulakan siasatan terhadap isu itu, selepas Trump bertindak memecat pengarah agensi berkenaan, James Comey, yang menimbulka­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n negara.

Susulan laporan itu, Trump dilaporkan membidas FBI dan The New York Times, tetapi beliau tidak mengeluark­an sebarang kenyataan bagi menafikan dakwaannya bekerjasam­a dengan Russia, sehinggala­h kelmarin.

“Saya bukan sahaja tidak pernah bekerja untuk Russia, malah saya fikir adalah satu penghinaan untuk anda bertanyaka­n soalan itu kepada saya, kerana ia adalah satu penipuan besar-besaran,” katanya kepada wartawan di Rumah Putih sebelum

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Donald Trump, Presiden AS
[ FOTO REUTERS ] Donald Trump, Presiden AS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia