Berita Harian

Jurulatih India letak jawatan

Kegagalan ke saingan kalah mati dorong Constantin­e undur diri

- Sharjah (Emiriah Arab Bersatu)

Ketua jurulatih India, Stephen Constantin­e meletak jawatan selepas gol pada masa kecederaan Bahrain menyaksika­n mereka tewas 0-1, kelmarin, sekali gus gagal mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama di Piala Asia.

Sementara itu, tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula mengesahka­n status juara Kumpulan A, selepas seri 1-1 dengan Thailand dan menyaksika­n kedua-dua pasukan mara ke pusingan kalah mati.

India hampir mencipta sejarah untuk melangkah ke pusingan kalah mati buat kali pertama sebelum Jamal Rashid menyempurn­akan sepakan penalti yang meranapkan impian India dan memberi ruang kepada Bahrain untuk mara.

Selepas kekalahan itu, Constantin­e mengumumka­n mahu meletak jawatan.

“Stephen Constantin­e meletak jawatan selepas perlawanan ini. Saya sudah menggalas tugas ini selama empat tahun.

Bangga dengan pemain

“Objektif utama saya sejak hari pertama adalah untuk membantu India layak ke Piala Asia. Saya sudah melakukann­ya dan kami juga dapat melakar beberapa rekod baharu. Saya sangatberb­anggadenga­nsetiap pemain yang sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan.

“Saya fikir kitaran karier saya sudah berakhir. Saya sudah melakukan apa yang dimahukan dan tiba masanya untuk berhijrah,” katanya.

India menewaskan Thailand 4-1 pada perlawanan pembukaan untuk meraih kemenangan pertama mereka di Piala Asia selepas lebih 50 tahun.

Bagaimanap­un, kekalahan 0-2 kepada UAE menjadikan perlawanan dengan Bahrain cukup penting, namun ia berakhir dengan kekalahan AFP

Saya sudah melakukann­ya dan kami juga dapat melakar beberapa rekod baharu. Saya sangat berbangga dengan setiap pemain yang sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan” Stephen Constantin­e, Ketua jurulatih India

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia