Berita Harian

De Gea dijangka ditawar gaji RM1.4 juta seminggu

-

Manchester: David de Gea mahu memberikan komitmen jangka panjang bersama Manchester United, tetapi dia masih menunggu tawaran yang sesuai ketika kontraknya sedang dalam proses perbincang­an.

Penjaga gol The Red Devils itu dikatakan berminat untuk kekal di Old Trafford sekali gus menamatkan segala ketidakpas­tian, selepas sekali lagi terpilih menjadi pemain terbaik perlawanan ketika menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 di tempat lawan.

De Gea dijangka menerima tawaran kontrak gaji sekitar 300,000 pound (RM1.4 juta), termasuk bonus seminggu berbanding 200,000 pound (RM941,000) ketika ini.

Proses perbincang­an antara bintang berusia 28 tahun itu dan United sedang berjalan ketika ini, tetapi masih belum ada sebarang kata putus.

United sebelum ini sudah menyambung kontraknya selama 12 bulan, iaitu sehingga 2020, sekaligus mengelakka­nnya daripada berhijrah sepanjang jendela perpindaha­n bulan ini.

Mahu De Gea kekal

Beberapa pemain berlari ke arah De Gea selepas berakhir perlawanan menentang Spurs, Ahad lalu dengan harapan dia akan kekal di United.

“Kami mahu dia kekal di sini. Dia adalah antara penjaga gol terbaik di dunia,” kata Jesse Lingard.

Pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer memilih untuk mengekalka­n penjaga gol, Emilio Alvarez selepas Jose Mourinho dipecat.

Alvarez yang menjadi mentor De Gea ketika di Atletico Madrid percaya, anak buahnya itu akan memberikan aksi lebih baik.

“Saya tidak rasa De Gea akan berhenti setakat ini saja. Dia boleh menjadi pemain lebih baik,” katanya. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia