Berita Harian

‘Momota motivasi saya’

Zii Jia idam pertemuan dengan jagoan Jepun

- Oleh Helmi Talkah

Pemain perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia menjadikan peluang membuat perhitunga­n dengan pemain nombor satu dunia, Kento Momota sebagai motivasi buat dirinya menjelang aksi pusingan pertama badminton Masters Malaysia, hari ini.

Pemain berusia 20 tahun itu yang dilabel sebagai jaguh dalam pembikinan berpeluang bertemu pemain Jepun itu di pusingan kedua tetapi perlu melepasi halangan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboo­nsuk di pusingan pertama terlebih dahulu.

Jika menang, dia dijangka menentang Momota bagi perebutan tempat ke suku akhir.

Semalam, Zii Jia yang juga juara Terbuka Taiwan 2018 berjaya melepasi pusingan kelayakan sekali gus layak ke undian utama kejohanan yang berlangsun­g di Axiata Arena Bukit Jalil.

Fokus pada persiapan

Dalam aksi kelayakan pertama dia menewaskan rakan senegara, Soon Joo Ven 21-23, 21-13, 24-22 sebelum menyingkir­kan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin 21-17, 21-16.

“Sudah pasti saya teruja untuk menentang Momota kerana memberi peluang untuk saya menimba pengalaman berdepan pemain nombor satu dunia. Ini peluang baik untuk saya.

“Walaupun orang akan fikir peluang untuk menang tidak tinggi tetapi saya tidak fikir sangat mengenai perkara itu. Bagi saya apa yang penting, fokus terhadap persiapan saya.

“Namun, apapun saya tetap perlu memberi perhatian terlebih

 ??  ?? Kento Momota
Kento Momota
 ??  ?? Lee Zii Jia
Lee Zii Jia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia