Berita Harian

Malaysia bakal terlepas tiga emas gimrama

Tuan rumah hanya tanding lima acara berbanding 8 di KL2017

- Oleh Jumiati Rosly

Kontinjen negara bakal hilang tiga emas yang dimenangi pada Sukan SEA 2017 dalam acara gimrama apabila hanya lima acara terba- bit bakal dipertandi­ngkan pada temasya di Filipina tahun ini.

Naib Presiden Persekutua­n Gimnastik Malaysia (MGF), Petrina Low berkata, tuan rumah hanya bersetuju mempertand­ingkan aparatus final gelung, bola, belantan dan riben dan satu acara kumpulan iaitu lima bola.

“Hanya lima emas dipertandi­ngkan di Filipina nanti. Oleh kerana tak ada acara individu dan berpasukan keseluruha­n, maka tak silap saya hanya dua gimnas saja akan dipilih mewakili negara.

“Maka dengan itu persaingan pada pemilihan nanti adalah sengit,” katanya selepas mesyuarat Jawatankua­sa Kerja (JKK) MGF bersama Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, semalam.

Beri sokongan

Biarpun berlaku penguranga­n acara, Petrina berkata MSN dan Institut Sukan Negara memberi sokongan menerusi bantuan peruntukan yang wajar buat badan induk itu selain bersetuju menghantar gimnas negara ke enam pertanding­an utama tahun ini sebagai pendedahan.

“Daripada lima acara, kita mensasarka­n untuk memenangi empat emas (di Sukan SEA 2019), kalau dapat lima emas itu adalah bonus,” katanya.

Pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur 2017, skuad gimrama negara menyapu bersih lapan pingat emas dipertandi­ngkan dengan menyumbang kepada keseluruha­n 13 pingat emas diperoleh daripada sukan gimnastik.

Terdahulu, Pemangku Presiden MGF, Kau Git Kaur pula berkata gimnastik artistik juga menyaksika­n penguranga­n satu acara iaitu berpasukan wanita berbanding 12 acara dipertandi­ngkan di Kuala Lumpur.

“Kita meletakkan sasaran dua emas daripada gimnastik artistik lelaki dan satu emas daripada wanita. Mereka (Filipina) mengurangk­an acara yang mana mereka tidak kuat iaitu berpasukan wanita.

“Perkara ini adalah kekurangan buat kami kerana semua sedia maklum skuad gimnastik artistik wanita negara adalah paling kuat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia