Berita Harian

Ziyad pasang impian beraksi di Filipina

-

Kuala Lumpur: Atlet paralimpik negara, Ziyad Zolkefli memasang impian untuk sekali lagi melayakkan diri ke Sukan SEA selepas dua tahun lalu tampil buat kali pertama di temasya berkenaan dan berjaya meraih gangsa.

Dia yang melakukan lontaran 17.12 meter di Stadium Nasional Bukit Jalil, mengharapk­an mampu memberikan persembaha­n terbaik sepanjang musim ini sekali gus mampu melayakkan diri beraksi di Sukan SEA Filipina 2019.

“Tahun 2019 juga adalah tahun yang penting buat saya terutama dalam mengekalka­n rekod dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajar­an),” katanya semalam.

Ziyad mencipta rekod dunia 17.29m di Kejohanan Olahraga Para Dunia di London dua tahun lalu, dengan memecahkan catatanya sendiri iaitu 16.84m yang dilakukan di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Sedikit sedih

Bagaimanap­un, untuk mencapai semua matlamat berkenaan tahun ini, beliau berharap kekecewaan musim lalu dapat dilupakan buat seketika.

“Saya berasa sedikit sedih tahun lalu kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang badan. Bagaimanap­un, ketika bergelut dengan masalah berkenaan saya masih lagi mampu meraih emas di Sukan Para ASEAN Jakarta 2018.

“Tahun ini juga saya akan menyertai beberapa kejohanan sebagai persediaan untuk beraksi di Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai. Saya harus berhati-hati di kejohanan berkenaan kerana sekarang ini ramai atlet dari negara lain sedang meningkat naik,” kata Ziyad.

Dua tahun lalu di London, dia berjaya mengetepik­an wakil Colombia, Stalin David Mosquera yang meraih perak (16.72m), manakala gangsa milik Todd Hodgetts dari Australia (15.96s).

“Buat masa sekarang saya tidak dapat menjangkak­an siapa yang bakal memberikan cabaran sengit di Dubai nanti, kerana ramai yang menunjukka­n peningkata­n prestasi,” katanya.

Ditanya mengenai rakan sepelatihn­ya, Aliff Awi yang berjaya meraih pingat perak di Sukan Para Asia tahun lalu, Ziyad berpuas hati dengan dedikasi atlet berkenaan.

“Bagi saya dia sangat fokus ketika di dalam latihan dan dia akan jadi atlet yang lebih baik dari saya pada masa akan datang,” kata Ziyad.

 ??  ?? Ziyad Zolkefli
Ziyad Zolkefli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia