Berita Harian

Sumareh janji aksi terbaik

Tonggak Pahang sah didaftar pemain tempatan

- Oleh Farah Azharie

Selepas mendapat lampu hijau untuk bermain menerusi kuota pemain tempatan buat Pahang bagi musim ini, Mohamadou Sumareh berazam untuk memperagak­an persembaha­n lebih cemerlang selain berterima kasih kepada penyokong yang sentiasa nemberi dorongan.

Ketika status selaku pemain tempatan buat pemain naturalisa­si pertama Malaysia itu ‘masih dalam pertimbang­an’ oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), penyokong menggunaka­n media sosial menyatakan kekecewaan mereka memandangk­an pemain berusia 24 tahun itu membantu skuad kebangsaan menjadi naib juara Piala Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) tahun lalu.

“Penyokong memiliki pandangan sendiri dan jelas mereka marah tetapi mereka perlu menunggu dulu kerana keputusan itu tidak memihak kepada saya. Bagi saya, tiada apa yang perlu dimarahkan dan adalah baik ia sudah diselesaik­an,” katanya.

Bantu julang Piala FA

Pemain kelahiran Gambia itu membantu pasukan Pantai Timur berkenaan menang gelaran ketiga Piala FA musim lalu dan berazam untuk sekali lagi meraih trofi musim ini.

“Sasaran peribadi saya ialah melakukan lebih baik setiap tahun kerana tahun lalu kami menang Piala FA. Sebagai pemain, sasaran anda sentiasa untuk menjadi lebih baik iaitu kami perlu menjadi lebih baik berbanding tahun lalu,” kata Sumareh mengenai kedudukan keempat Liga Super buat Pahang,” katanya.

Sumareh yang membuat tujuh penampilan bersama Harimau Malaya pada Piala AFF baharu pulang dari Bangkok selepas perlawanan ujian bersama Visakha FC (tewas 3-1), Chonburi FC (menang 2-1) dan Army United (seri 0-0) berkata, pasukan itu beraksi dengan baik.

“Kami baru saja bersama sebagai satu pasukan untuk beberapa perlawanan persahabat­an dan ia bagus untuk kecergasan saya.

“Kami kembali mendapatka­n keserasaia­n. Kerjasama sepasukan tampak bagus buat masa ini tetapi berbaki hanya dua minggu kami perlu memenuhkan kuota buat pemain import dan selepas itu semuanya sudah sedia,” katanya.

Pahang memiliki tempoh hingga Ahad untuk memenuhkan kuota pertama perpindaha­n pemain Liga Malaysia ketika skuad Tok Gajah masih perlu mencari tiga pemain untuk slot pemain import.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia