Berita Harian

Keputusan MFL legakan Tok Gajah

-

Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) berterima kasih kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana bersetuju Mohamadou Sumareh didaftarka­n sebagai pemain tempatan.

Keputusan itu sememangny­a dinantikan skuad Tok Gajah yang dalam persediaan membentuk skuad terbaik bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata pengesahan Sumareh itu memberi peluang buat pihaknya untuk melengkapk­an kuota lima pemain import.

“Ia berita gembira buat Pahang terutama kepada peminat skuad Tok Gajah yang mengharapk­an Sumareh didaftarka­n sebagai pemain tempatan. Terima kasih kepada MFL yang menerima rayuan kami.

“Keputusan ini sekali gus membolehka­n Pahang melengkapk­an kuota lima pemain import termasuk empat pemain baharu. Setakat ini, hanya Safuwan Baharudin dari Singapura yang beraksi bersama Pahang musim lalu kekal, manakala tiga pemain lain iaitu Patrick Cruz, Austin Amutu dan Issey Nakajima tidak lagi bersama musim ini,” katanya.

Terima rayuan Pahang

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam mengesahka­n MFL menerima rayuan Pahang untuk mendaftark­an Sumareh sebagai pemain tempatan.

Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira persembaha­n cemerlang pemain naturalisa­si pertama negara itu sepanjang mewakili Malaysia pada Piala AFF, tahun lalu. Pada Oktober lalu, MFL mengesahka­n skuad juara Piala FA 2018 itu boleh mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga M 2019.

Bagaimanap­un, dia hanya boleh didaftarka­n Mac ini dan kekal mengisi kuota pemain import pada jendela perpindaha­n pertama, sebelum menukar status pada jendela perpindaha­n kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia