Berita Harian

KEMBALI MENGAUM

Serena laung amaran tenis Terbuka Australia

-

Melbourne: Pemain Amerika Syarikat, Serena Williams melaungkan amaran pada saingan tenis Terbuka Australia di sini, semalam, apabila menjinakka­n lawannya pada pusingan pertama dalam tempoh 49 minit.

Serena memulakan kempen untuk menyamai rekod 24 gelaran Grand Slam milik Margaret Court , apabila kembali ke Melbourne Park buat kali pertama selepas memenangi gelaran itu pada 2017, ketika hamil lapan minggu.

Pemain berusia 37 tahun itu yang tidak mahu terlalu menonjolka­n diri pada aksi pembukaan Grand Slam pertama tahun ini tampil bergaya mengetepik­an cabaran wakil Jerman, Tatjana Maria, 6-0, 6-2.

Dengan memakai baju hijau jade menyerlah pada aksi di Arena Rod Laver itu, pemain ranking ke-16 kejohanan ini, jelas enggan membuang masa dalam keadaan cuaca panas sambil berkata ia gembira dapat kembali.

Rasa seronok

“Kali terakhir saya berada di sini, saya sedang hamil,” katanya. “Ia kelihatan agak pelik kembali ke sini..datang sendiri kali ini. Tapi rasa menyeronok­okkan. Saya mempunyai banyak kenangan ketika kali terakhir beraksi di sini,” katanya selepas perlawanan.

Serena yang memburu gelaran kelapan di Melbourne Park bakal bertemu pemain Kanada, Eugenie Bouchard yang mengenepik­an wakil China, Peng Shuai bagi pusingan seterusnya.

Saya mempunyai banyak kenangan ketika kali terakhir beraksi di sini” Serena Williams

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Aksi Serena ketika bertemu Tatjana Maria semalam.
Aksi Serena ketika bertemu Tatjana Maria semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia