Berita Harian

Idam jumpa Momota

Selepas mudah menyingkir­kan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin untuk layak beraksi pusingan pertama hari ini, perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia kini mengidamka­n bertemu pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota

-

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesiona­l negara, Goh V Shem-tan Wee Kiong menyifatka­n saingan Masters Malaysia yang bermula semalam akan menjadi ujian sebenar mereka biarpun baru saja dinobatkan juara Masters Thailand, hujung minggu lalu.

Berikutan penyertaan hampir semua beregu utama dunia pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 500 ini, saingan itu dianggap medan terbaik buat V Shem-wee Kiong untuk membuktika­n kemampuan sebenar selepas berdepan undian sukar kali ini.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan membuka tirai saingan di Axiata Arena Bukit Jalil menentang pasangan dari pusingan kelayakan, hari ini.

Jika menang, mereka akan bertemu sama ada bekas juara dunia, Mohamad Ahsan-hendra Setiawan dari Indonesia atau beregu berpengala­man Korea Selatan, Kim Gi Jung-lee Yong Dae untuk aksi pusingan kedua.

Pilihan ketiga, Hiroyuki Endoyuta Watanabe dari Jepun dijangka menanti di suku akhir sebelum beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideonkevi­n Sanjaya Sukamuljo diramal menjadi lawan di separuh akhir.

Cabaran sebenar

“Masters Malaysia boleh dikatakan kejohanan pertama yang disertai semua beregu utama dunia. Undian kami kali ini memang cukup sukar sejak pusingan awal lagi dan ia akan menjadi cabaran sebenar buat kami.

“Kami tidak mahu memikirkan mengenai kejuaraan diraih pada Masters Thailand kerana ia sudah berlalu. Fokus kami sekarang adalah Masters Malaysia dan ia akan menjadi kejohanan yang berbeza dan lebih mencabar.

“Namun, kejayaan di Masters Thailand permulaan yang baik untuk kami dan meningkatk­an tahap keyakinan apatah lagi ia gelaran pertama kami selepas dua tahun,” kata Wee Kiong.

Walaupun kini sudah bergerak secara profesiona­l tetapi Wee Kiong menegaskan dia dan V Shem tetap meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam setiap kejohanan disertai.

“Sudah pasti KPI kami adalah untuk menang setiap perlawanan. Biarpun kami kini bergerak secara profesiona­l, KPI tetap penting,” katanya.

Bagaimanap­un, Wee Kiong melahirkan sedikit kebimbanga­n kerana sehingga kini masih belum ada kata putus berhubung penajaan bagi membolehka­n mereka meneruskan kerjaya sebagai profesiona­l biarpun selepas menjuarai Masters Thailand.

“Buat masa ini semuanya masih di peringkat perbincang­an dan belum ada kata putus. Saya harap ia dapat diselesaik­an secepat mungkin,” kata Wee Kiong.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] ?? Aksi Zii Jia ketika bertemu Thammasin, semalam.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] Aksi Zii Jia ketika bertemu Thammasin, semalam.
 ??  ?? Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mahu membuktika­n kemampuan sebenar selepas berdepan undian sukar
Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mahu membuktika­n kemampuan sebenar selepas berdepan undian sukar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia