Berita Harian

GERMAN PERKUAT SELANGOR

Bekas penyerang QPR pikat Sathianath­an

- Oleh Farah Azharie

Kehadiran bekas penyerang Queens Park Rangers (QPR), Antonio German dalam pasukan Selangor dijangka mampu membantu penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia terus mempamerka­n taringnya musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon berkata kehadiran pemain berusia 27 tahun itu diharap dapat turut memperkuat­kan lagi jentera serangan The Red Giants.

“Kami gembira dapat mengekalka­n pemenang kasut emas musim lalu, Segovia. Tapi dengan adanya German, apabila dia digandingk­an dengan Segovia di atas padang, ia akan memantapka­n lagi bahagian serangan.

“Dia (German) mampu beraksi dengan baik dan menambah kekuatan yang tiada pada Segovia,” katanya, semalam.

Dr Johan turut mendedahka­n Selangor beruntung apabila berjaya mendapatka­n German selepas pemain itu menolak tawaran daripada PKNP FC sebelum ini.

Beraksi dengan baik

“PKNP ada mengujinya. Dia beraksi dengan baik pada perlawanan menentang Pulau Pinang dengan menjaringk­an dua gol. Namun, ketika mereka menawarkan kontrak kepadanya, dia kurang berpuas hati dengan tawaran dibuat.

“Ia menyebabka­n ejennya berbincang dengan jurulatih, B Sathianath­an. Dia diberikan tempoh percubaan tiga minggu. Jurulatih kagum dengan prestasiny­a, sebab itu kami menandatan­gani dia,” katanya.

Selain itu, Dr Johan berkata, jersi ketiga Selangor yang dilancarka­n bulan lalu sudah lebih 3,000 helai terjual melalui FAS sahaja manakala pengedar sah sudah menjual lebih daripada 7,000.

“Kami akan melancarka­n jersi tuan rumah dan gelanggang lawan pada 26 Januari ini bersama pas bermusim. Ini penting kerana ia sebahagian daripada perancanga­n kami untuk memastikan peminat memenuhi stadium dan saya jamin ia berpatutan,” katanya.

 ??  ?? Antonio German
Antonio German

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia