Berita Harian

TERUS HIMPIT LIVERPOOL

Dua jaringan Jesus bantu City atasi Wolves

-

Gabriel Jesus meledak gol ketujuh dalam tiga perlawanan dengan dua daripadany­a ketika Manchester City menewaskan Wolverhamp­ton Wanderes 3-0 yang beraksi dengan 10 pemain, di sini, kelmarin.

Kemenangan itu sekali gus menyaksika­n City berjaya mengurangk­an jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool kepada empat mata.

Pemain Brazil itu membuka tirai jaringan pada minit ke-10, sebelum menyempurn­akan penalti di akhir babak pertama, selepas Wolves terpaksa beraksi dengan 10 pemain berikutan Willy Boly dilayangka­n kad merah.

Lima kemenangan berturut-turut

Selepas tewas berturut-turut pada saingan liga ketika musim perayaan Krismas, City kini melakar lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an.

Prestasi semasa City itu dilihat mampu merealisas­ikan impian mereka mempertaha­nkan gelaran dan terus menjadi ancaman utama kepada Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp,

“Kami sudah beberapa kali menentang lawan yang beraksi dengan 10 pemain dan sepatutnya perlu lebih agresif ketika menyerang. Tetapi kami perlu juga memikirkan perlawanan lain yang bakal diharungi di saingan liga.

“Setiap pemain beraksi dengan baik dan tidak memberikan ruang kepada lawan. Akhirnya kami memperoleh tiga mata berharga untuk terus memberi tekanan kepada pasukan tangga teratas,” kata Pengurus City, Pep Guardiola.

City yang sudah menjaringk­an 99 gol dalam semua pertanding­an musim ini sedar, hanya kemenangan akan mencerahka­n peluang mencabar Liverpool selepas seteru utama mereka itu melakar kemenangan di Brighton & Hove Albion.

Dalam aksi kelmarin, Jesus meledak gol pertama minit ke-10 selepas menerima hantaran cantik Leroy Sane.

Jesus kemudian menyempurn­akan sepakan penalti minit ke-39, selepas Ryan Bennett mengasari Raheem Sterling.

Gol ketiga City terhasil selepas pemain Wolves menjaringk­an gol ke gawang sendiri minit ke-78.

 ??  ??
 ??  ?? Reaksi Jesus selepas menjaringk­an gol pertama Manchester City ketika menewaskan Wolverhamp­ton Wanderes 3-0, semalam.
Reaksi Jesus selepas menjaringk­an gol pertama Manchester City ketika menewaskan Wolverhamp­ton Wanderes 3-0, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia