Berita Harian

Sabah nafi khabar angin ESSCOM

Ketua Menteri sahkan agensi masih beroperasi

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Kerajaan Sabah menafikan wujud cadangan untuk membubarka­n Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata agensi itu yang ditugaskan menyelaras usaha menjaga keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) merangkumi 10 daerah masih beroperasi seperti biasa.

“Saya tak dengar apa-apa cadangan (membubarka­n ESSCOM). Ia masih berfungsi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Negeri (JKKN) Khas, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan; Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mamah dan Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali.

Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan ESSCOM bakal dibubarkan namun tiada penjelasan lanjut mengenai sebab cadangan itu dibangkitk­an.

ESSCOM ditubuhkan pada 2013 sebagai langkah drastik menangani keselamata­n di kawasan pantai timur negeri ini berikutan insiden penceroboh­an pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada awal tahun berkenaan.

Kesiapsaga­an bomba

Terdahulu, Mohd Shafie berkata, mesyuarat JKKN membincang­kan usaha untuk meningkatk­an tahap kesiapsiag­aan pasukan keselamata­n dalam menangani aspek keselamata­n di seluruh negeri.

“Kita kena pastikan keadaan keselamata­n terkawal sepanjang masa bukan saja di kawasan ‘hotspot’ atau tumpuan pada musim perayaan dan musim ramai pelancong,” katanya.

Dalam hal lain, beliau berkata, kerajaan negeri mengambil berat situasi cuaca semasa di negeri ini berikutan ramalan cuaca panas disebabkan fenomena El Nino seperti dilaporkan Jabatan Meteorolog­i.

Katanya, perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet negeri dengan tumpuan mengenai kesiapsaga­an bomba bagi berdepan risiko cuaca panas, selain Jabatan Meteorolog­i untuk memaklumka­n laporan cuaca dari semasa ke semasa.

“Kita akan pastikan semua agensi yang terbabit dapat meningkatk­an usaha seperti memadam kebakaran dan menyelamat­kan nyawa manusia,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an penduduk supaya lebih berhatihat­i dan mengambil langkah sewajarnya untuk menghindar­i kejadian kebakaran akibat kecuaian.

Mengenai bantuan kepada mangsa kebakaran di Pulau Banggi, beliau berkata, agensi berkaitan sudah diarah menyalurka­n bantuan keperluan asas kepada mangsa.

Dalam hal lain, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata loji air Kalumpang yang berkeupaya­an membekalka­n 33 juta liter air sehari (MLD) kepada penduduk di Semporna dijangka siap pada Mei atau Jun ini.

Saya tak dengar apa-apa cadangan (membubarka­n ESSCOM). Ia masih berfungsi” Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia