Berita Harian

Cubaan seludup ubat sinseh RM7.4 juta gagal

Produk dibawa masuk sindiket untuk pasaran Sarawak

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Bahagian Penguatkua­saan Farmasi (BPF) Kementeria­n Kesihatan menggagalk­an cubaan menyeludup ubat tradisiona­l Cina atau sinseh bernilai RM7.4 juta di Pelabuhan Senari di sini, 8 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya mengesan taktik sindiket penyeludup­an itu hasil risikan dan pemeriksaa­n di pintu masuk pelabuhan berkenaan.

Susulan maklumat, katanya, pasukan BPF menyerbu sebuah gudang penyimpana­n ubat tradisiona­l Cina di Kuching dan menemui pelbagai ubatan yang tidak mendapat kelulusan kementeria­n.

“Pemeriksaa­n membawa kepada lebih 100,000 kotak produk tidak berdaftar dan semua produk ini dibawa masuk untuk pasaran di Sarawak.

“Ia dipercayai didalangi sindiket untuk dibawa masuk secara tidak sah ke dalam negara ini tanpa kelulusan Kementeria­n Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dalang penyeludup­an supaya tindakan tegas dapat diambil.

Ubat tiada kelulusan

Katanya, penyeludup­an ubatan yang tidak mendapat kelulusan memberi risiko kepada pengguna dan kementeria­n giat menjalanka­n operasi membantera­s penjualan produk berkenaan.

Katanya, individu atau syarikat yang didapati menjual produk berkenaan disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 Ketua Pengarah Kesihatan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama. Individu yang mengulangi kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan berkenaan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

“Kita memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat yang mempunyai stok produk ini supaya penjualan, pengedaran atau penggunaan­nya dengan serta merta memandangk­an produk tersebut tidak terjamin daripada segi kualiti dan keselamata­n,“katanya.

 ?? [ GAMBAR IHSAN KKM] ?? Ubat tradisiona­l Cina bernilai RM 7.4 juta yang dirampas di Pelabuhan Senari Kuching, 8 Januari lalu.
[ GAMBAR IHSAN KKM] Ubat tradisiona­l Cina bernilai RM 7.4 juta yang dirampas di Pelabuhan Senari Kuching, 8 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia