Berita Harian

Didik secara bijaksana, bukan paksaan

-

Pendidikan yang ingin diterapkan kepada anak perlu bermula daripada kecil supaya dapat dilentur dengan potensi diri yang baik.

Bukan saja ibu bapa perlu memainkan peranan memberi pendidikan kepada anak, bahkan guru, ulama dan setiap anggota masyarakat yang berada dalam sesuatu persekitar­an berkewajip­an untuk mendidik.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka kedua-dua orang tuanya menjadikan­nya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.” (HR Bukhari)

Pendakwah Indonesia, Sheikh Sidi Rohimudin Nawawi al-bantani berkata, hadis itu membawa maksud setiap anak mempunyai nilai kebaikan dalam diri sejak lahir.

Sheikh Rohimuddin berkata, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai potensi baik dan sifat semula jadi yang bersih serta suci.

“Dalam diri manusia, tetap ada potensi baik dalam diri. Sifat buruk itu hanya datang kemudian disebabkan keburukan dan nafsu yang mengubah diri mereka.

“Malah ibu bapa juga yang mendidik anak untuk hidup berdasarka­n fitrah, iaitu melalui pendidikan dan kehidupan yang diterapkan.

“Ibu bapa yang tidak memiliki kemampuan yang cukup untuk memelihara potensi ini, maka anak-anak akan melihat kepada persekitar­annya pula,” katanya pada Majlis Bicara Pendidikan Anak Mengikut Cara Salafussol­eh di Sri Integrasi Al Ghazali, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Banting.

Firman Allah SWT: “Wahai orang beriman! Peliharala­h diri kamu dan keluarga kamu daripada api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintah­kan-nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintah­kan.” (At-tahrim: 6) Daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda: “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertangg­ungjawabka­n terhadap apa yang dipimpin dan setiap daripada kamu akan diminta bertanggun­gjawab terhadap apa yang dipimpin.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sheikh Rohimudin berkata, dalam mendidik anak juga perlu bersifat adil yang harus melihat kepada bakat dan potensi diri yang disebut sebagai sifat adil oleh Rasulullah SAW.

“Mendidik anak bukan dengan memaksa keinginan kita kepada anak. Setiap anak itu tumbuh dengan kemampuan diri masingmasi­ng yang diberikan oleh Allah SWT.

Faktor dalaman

“Seterusnya kemampuan diri yang ada pada mereka itu dapat digunakan dengan baik dan menjalani kehidupan dengan bimbingan Allah SWT,” katanya pada acara anjuran Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Al-ghazali Bandar Saujana Putra.

Sheikh Rohimudin berkata, faktor dalaman utama yang membentuk perilaku manusia ialah Allah SWT sebagai pencipta manusia selain malaikat, nafsu dan syaitan.

“Ada faktor batin yang mempengaru­hi perilaku manusia, iaitu Allah SWT yang ‘membisikka­n’ kepada manusia dan meletakkan nilai kesucian fitrah dalam diri manusia.

“Ini kerana dalam diri manusia mempunyai kesucian dan kemuliaan daripada sifat penciptany­a yang mana sudah tentu mempunyai kebaikan.

“Kemudian barulah bisikan nafsu, syaitan dan faktor luaran lain seperti ibu bapa dan rakan yang akan menutup dan merosakkan fitrah ini,” katanya pada acara yang dihadiri 200 peserta.

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhn­ya rotan itu mengadabka­n mereka.” (HR Bukhari).

Nabi SAW juga bersabda “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia 7 tahun dan pukul kerana meninggalk­an solat ketika berusia 10 tahun,”

(HR Abu Daud)

Sheikh Rohimudin berkata, Islam sememangny­a membenarka­n hukuman dikenakan kepada anak yang membuat kesalahan tetapi menetapkan batasan agar hukuman itu dijadikan teladan dan bukannya hukuman yang menyakitka­n.

“Pukulan secara keras hanya akan menjadikan pendidikan yang buruk. Malah sekiranya menggunaka­n pukulan sebagai hukuman, jangan sampai ia menyakitka­n kerana kesannya bukan saja sakit pada fizikal, bahkan jiwa.

“Malah hukuman yang dilakukan secara kasar perlu dielakkan kerana manusia tidak dapat dididik dengan cara kekerasan,” katanya.

Persekitar­an baik

Beliau berkata, dalam memberi pendidikan kepada anak juga perlu melihat lokasi yang boleh memberi persekitar­an yang baik untuk proses pembelajar­an.

“Secara realitinya, seorang yang soleh juga dididik oleh guru dan bukan orang tuanya. Malah dalam sistem pendidikan Islam, ulama terdahulu membuka sekolah pondok atau madrasah kerana mempunyai nilai fitrah yang suci dalam diri.

“Mereka melihatnya sebagai amanah daripada Allah SWT untuk mendidik manusia. Jadi mereka membuka dan membangunk­an institusi pendidikan pondok untuk mengabdika­n diri kepada Allah SWT.

“Ia berbeza dengan pada masa sekarang yang institusi agama juga tumbuh seperti cendawan tetapi sebahagian­nya bertujuan perniagaan,” katanya.

Mendidik anak bukan dengan memaksa keinginan kita kepada anak. Setiap anak itu tumbuh dengan kemampuan diri masing-masing yang diberikan oleh Allah” Sheikh Sidi Rohimudin Nawawi al-bantani, Pendakwah Indonesia

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai potensi baik dan sifat semula jadi yang bersih serta suci.
[FOTO HIASAN] Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai potensi baik dan sifat semula jadi yang bersih serta suci.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia