Berita Harian

AL-SULTAN ABDULLAH DIMASYHUR

Baginda mohon rakyat doakan kesejahter­aan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, Almarhum bonda

- Oleh Abdul Razak Raaff dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Suasana sayu menyelubun­gi Balairung Seri dan Dewan Santapan Istana Abu Bakar, di sini, apabila Sultan Pahang, Alsultan Abdullah Ri’ayatuddin Almustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta’in Billah, menitiskan air mata dan sebak ketika membaca titah sulungnya.

Al-sultan Abdullah yang mengenakan baju berwarna kuning bersama isteri Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h, kelihatan sebak beberapa minit dan menitiskan air mata ketika duduk bersemayam di singgahsan­a.

Baginda sebak ketika membacakan titahnya yang memohon rakyat mendoakan kesejahter­aan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah serta bondanya, Al-marhumah Tengku Ampuan Afzan Rahimahall­ah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad yang mendidik baginda dengan penuh kasih sayang.

Sebahagian daripada ahli kerabat Diraja, tetamu kenamaan, ketua jabatan dan wakil agensi Kerajaan Persekutua­n dan negeri yang memenuhi Balairung Seri turut tidak dapat mengawal perasaan ditunjukka­n baginda.

Suasana Dewan Santapan sayu

Malah, suasana sayu itu turut dikongsi di Dewan Santapan yang seolah-oleh memahami isi hati baginda yang sedih membacakan titahnya selepas dimasyhurk­an sebagai Sultan Pahang.

Istiadat pemasyhura­n yang berlangsun­g hampir sejam setengah itu bermula sebaik keberangka­tan baginda dan isteri pada jam 11 pagi ke Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Yang turut berangkat ke majlis itu Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah; Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah anakanda dan kerabat baginda.

Tengku Abdul Rahman mengetuai laungan Allahuakba­r sebanyak tiga kali dan laungan Daulat Tuanku mengiringi istiadat pemasyhura­n itu.

Terdahulu, Tengku Abdul Rahman membacakan Pengisytih­aran Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama).

“Maka yang demikian ketahuilah pada semua yang hadir seluruh rakyat Pahang dan semua orang supaya mengambil maklum dan menjunjung taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Alhaj ibni Sultan Haji Ahmad Shah,” katanya mengakhiri pemasyhura­n itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kemudian membacakan ucapan dan ikrar taat setia mewakili rakyat kepada pemerintah­an Al-sultan Abdullah.

Turut hadir wakil Kerajaan Pusat, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah;

Orang Besar Berempat yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak serta penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut hadir.

Al-sultan Abdullah dan isteri kemudian berkenan menyertai hadirin di majlis santapan di Istana Abu Bakar pada jam 12.50 tengah hari dan berangkat meninggalk­an majlis 40 minit kemudian.

Sebelum berangkat meninggalk­an dewan santapan Al-sultan Abdullah meluangkan masa bersalaman, beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu.

 ?? [ FOTO JABATAN PENERANGAN ] ??
[ FOTO JABATAN PENERANGAN ]
 ??  ?? Tengku Abdul Rahman membacakan pelantikan Pemasyhura­n Raja kepada Al-sultan Abdullah.
Tengku Abdul Rahman membacakan pelantikan Pemasyhura­n Raja kepada Al-sultan Abdullah.
 ??  ?? Al-sultan Abdullah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah pada Istiadat Majlis Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang Ke-6 di Balairung Seri, Pekan.
Al-sultan Abdullah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah pada Istiadat Majlis Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang Ke-6 di Balairung Seri, Pekan.
 ??  ?? Perarakan masuk jejawat bagi memulakan upacara.
Perarakan masuk jejawat bagi memulakan upacara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia