Berita Harian

Impi terbang pesawat Boeing 787 Dreamliner

Bersedia dari segi ketahanan mental, fizikal

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Kerjaya sebagai juruterban­g sememangny­a tampak glamor, namun tanggungja­wab dan amanah yang digalas cukup besar serta menuntut ketahanan diri tinggi.

Juruterban­g syarikat penerbanga­n negara Malaysia Airlines (MAS), Kapten Muhammad Zakir Ibrahim, 45, berkata pencapaian dikecapi hari ini bukan datang bergolek, sebaliknya memerlukan usaha kental bagi menempuhi pelbagai ujian mencabar.

Menelusuri pembabitan awalnya dalam industri penerbanga­n, anak jati kelahiran Kuala Lumpur yang lebih mesra dengan panggilan Kapten Zac berkata, beliau mula menyertai kerjaya awan biru itu selepas menerima tawaran mengikuti latihan juruterban­g kadet MAS pada 1991.

“Pada usia 18 tahun, saya perlu menjalani beberapa peringkat ujian antaranya temu duga, pemeriksaa­n kesihatan dan orientasi termasuk menjalani latihan penerbanga­n di Cessnok, New South Wales, Sydney, Australia selama 15 bulan.

“Sejurus tamat latihan di sana, saya meneruskan latihan di Akademi Malaysia Airlines Bhd, Subang selama kira-kira enam bulan, termasuk ditugaskan mengendali kapal terbang secara lebih menyeluruh,” katanya kepada BH Varsiti, baru-baru ini.

Kemahiran insaniah

Memiliki pengalaman selama 26 tahun mengendali penerbanga­n domestik serta antarabang­sa, pastinya banyak kenangan manis, suka dan duka ditempuhi juruterban­g tampan itu antara- nya terpaksa meraikan Aidilfitri di perantauan tanpa keluarga di sisi.

“Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan apabila pertama kali menjadi kapten pesawat MAS ketika berumur 32 tahun, selain antara kapten termuda yang dapat mengemudi pesawat Boeing 747-400 ke London pada usia 37 tahun.

“Sebagai kapten, saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, terutama bagi berhadapan situasi luar jangka seperti masalah cuaca, teknikal, trafik di udara serta penumpang yang sakit atau membabitka­n kematian,” katanya.

Zac berkata, setiap juruterban­g mestilah melakukan persiapan rapi antaranya mendapat rehat secukupnya, tidak memikirkan hal luar tugas, emosi atau aspek lain yang boleh menjejaska­n fokus mereka terhadap penerbanga­n.

Pada masa sama, perlu mempunyai kemahiran insaniah dan berkomunik­asi dengan baik apatah lagi tuntutan persekitar­an kerja memerlukan mereka berhadapan dengan ramai orang.

Cabaran kerjaya

Bapa kepada dua anak yang turut menjadi tenaga pengajar bagi juruterban­g baharu/kadet berkata, beliau bersyukur kerana keluarga amat memahami cabaran kerjaya diceburi apatah lagi berhadapan jadual tugasan tidak menentu.

“Di samping peranan sebagai juruterban­g aliran operasi, ada di antara mereka yang terpilih menjadi juruterban­g pelatih dan pemeriksa yang ditauliahk­an Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) bagi memastikan latihan serta ujian juruterban­g dijalankan mengikut piawaian tertentu.

“Saya mungkin akan berada dalam industri ini selama 20 tahun lagi dan bergantung kepada hala tuju syarikat, malah, impian saya untuk kendalikan pesawat terkini seperti Airbus A350, dan Boeing 787 Dreamliner ke serata dunia,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kerjaya juruterban­g kadet MAS, boleh mendapatka­n maklumat permohonan pada ruangan peluang kerjaya di laman web www.malaysiaai­rlines.com

 ??  ?? Kapten Zac sedang menjalanka­n sistem simulator untuk mewujudkan gambaran penerbanga­n sebuah pesawat simulasi (flight simulator) yang digunakan di Akademi Latihan MAS, Subang.
Kapten Zac sedang menjalanka­n sistem simulator untuk mewujudkan gambaran penerbanga­n sebuah pesawat simulasi (flight simulator) yang digunakan di Akademi Latihan MAS, Subang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia