Berita Harian

Bayaran RM37B berperingk­at

Pelaksanaa­n beri kesan berganda, rangsang ekonomi: Guan Eng

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Bayaran balik tunggakan tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan cukai pendapatan terlebih bayar, berjumlah RM37 bilion akan dibuat secara berperingk­at dalam tempoh 10 bulan tahun ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, pembayaran balik secara berperingk­at itu dilihat mempunyai kesan penuh terhadap impak berganda dan merangsang ekonomi domestik berbanding membayar secara sekali gus.

Justeru, katanya kerajaan dalam proses membayar balik cukai itu kepada pihak yang terbabit.

“Kami akan memulakan proses pembayaran balik, tetapi tidak akan dibuat sekali gus, memandangk­an ia membabitka­n jumlah yang besar. Kami belum mula membayarny­a lagi, tetapi kami berhasrat untuk berbuat demikian dalam tempoh 10 bulan tahun ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pembayaran balik GST dan cukai pendapatan.

Guna dividen PETRONAS

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan surat pelantikan rasmi pengatur utama menerbitka­n bon Samurai di sini, semalam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kerajaan akan mula membayar balik tunggakan tuntutan GST dan cukai pendapatan terlebih bayar berjumlah RM37 bilion kepada syarikat dan individu yang terbabit bermula awal tahun ini.

Projek ECRL masih dalam rundingan

Kerajaan akan menggunaka­n dividen PETRONAS untuk membayar bayaran balik GST dan cukai pendapatan itu.

Sementara itu, mengenai perkembang­an terkini status Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Guan Eng berkata, pada masa ini, ia masih dalam rundingan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek ECRL yang digantung pembinaann­ya pada Julai tahun lalu, boleh diteruskan semula dalam skala yang lebih kecil sekiranya China setuju.

Beliau berkata, Malaysia dan China masih membincang­kan perkara berkenaan dan hingga kini masih belum menemui jalan penyelesai­an terbaik.

Kami akan mula proses pembayaran balik, tetapi tidak sekali gus, memandangk­an ia babitkan jumlah besar. Kami belum mula membayarny­a lagi, tetapi kami berhasrat untuk berbuat demikian dalam tempoh 10 bulan tahun ini” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia